Pages

Wednesday 4 January 2017

PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

Pada 18 November 2016 Jawatankuasa KIK Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang telah menganjurkan Pertandingan Inovasi peringkat Jabatan .Pertandingan yang julung kali diadakan mendapat sambutan yang hebat dengan 9 penyertaan kategori Pengurusan dan 2 penyertaan kategori produk.  Pada mulanya agak sukar Zon Lebuh Campbell mencari idea untuk mencipta satu inovasi yang boleh dipertandingkan. Walaubagaimanapun setelah berbincang akhirnya Zon Lebuh Campbell memilih projek MY E NOTES dan menamakan kumpulan sebagai ADICITA. Alhamdulillah berkat kerjasama semua ahli ADICITA berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori pengurusan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200.00. Manakala kategori produk dan persembahan terbaik dimenangi oleh Kumpulan Comrade Bersatu dengan projek The Gerobok Wakaf. Tahniah kumpulan ADICITA .. Semoga terus berjaya.. 

GAMBAR PESERTA-PESERTA PERTANDINGAN INOVASI



MY E NOTES  merupakan medan perkongsian ilmu melalui nota/kertas kerja/slide pembentangan yang diperoleh daripada semua kakitangan daripada kursus/ seminar/ bengkel/ persidangan/ muzakarah atau lawatan. Kelebihan MY E NOTES adalah nota-nota kursus dapat dikongsi oleh semua kakitangan Jabatan, carian nota mengambil masa hanya 1 minit, boleh dibuat di mana sahaja menggunakan telefon bimbit atau PC yang mempunyai talian internet. Selain itu simpanan nota lebih sistematik mengelakkan nota hilang atau rosak. 

PAPARAN MUKA UTAMA APLIKASI MY E NOTES 



1 comments:

Sekalung tahniah buat ADICITA...

Post a Comment

Share

Twitter Facebook