ZON LEBUH CAMPBELL
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH ARMENIAN
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH KING
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH QUEEN
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH LIGHT
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH VICTORIA
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
Monday, 18 February 2019
GOTONG-ROYONG PERDANA BIL.1/2019
18.01.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan gotong-royong Bil.1/2019. Objektif utama gotong-royong pada kali ini ialah membersih dan mengemas Bilik Fail serta Sudut Pengiktirafan kerana zon ini baru menerima almari hiasan bagi menggantikan sudut Pengiktirafan yang sebelum ini hanya menggunakan barangan terpakai. Di Bilik Fail, tumpuan diberikan kepada membersihkan habuk dan memasukkan fail-fail kes yang telah selesai ke dalam kotak yang telah disediakan. Aktiviti seterusnya ialah memindah dan menyusun semula pelbagai cenderahati, piala serta sijil-sijil yang telah diperolehi ke dalam almari hiasan yang telah dibekalkan oleh pihak jabatan. Gotong-royong tamat pada jam 12.00 tengahari. Maklumat selanjutnya di sini
Thursday, 17 January 2019
"Go Green" di Zon Lebuh Campbell
11.01.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell mengadakan "Hari Go Green" sebagai pembuka tirai aktiviti EKSA bagi tahun 2019. Semua ahli zon diminta memakai baju berwarna hijau pada hari tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah mengumpul bahan-bahan kitar semula yang dibawa dari rumah masing-masing serta menanam semula pokok-pokok hiasan di kawasan sekitar zon ini. Barang-barang kitar semula yang telah dikumpul dari beberapa siri Go Green yang lalu akan dibawa ke pusat pengumpulan barang kitar semula pada masa akan datang. Hari Go Green ini diakhiri dengan aktiviti gotong-royong membersihkan longkang dan kawasan sekitar. Maklumat selanjutnya di sini..
Tuesday, 11 December 2018
HARI "KITAR SEMULA" DI ZON LEBUH CAMPBELL
07.12.2018 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah berjaya mengadakan Hari Kitar Semula buat kali pertama. Setiap ahli zon diwajibkan untuk membawa bahan buangan kitar semula seperti kertas, kaca dan plastik untuk dimasukkan ke dalam tong sampah kitar semula yang telah disediakan di perkarangan zon ini. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ahli-ahli zon mengenai pentingnya amalan kitar semula dan juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam yang hadir di sini supaya membuang sisa buangan pepejal mengikut label yang tertera pada tong kitar semula tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan tong kitar semula disalahguna dengan membuang sampah seperti sisa makanan, plastik minuman dan sebagainya. Diharapkan program ini dapat diteruskan di masa hadapan agar selari dengan pengiktirafan "Penang Green Office" oleh Penang Green Council kepada JKSNPP baru-baru ini. Untuk maklumat selanjutnya sila tekan di sini .
Monday, 10 December 2018
GOTONG-ROYONG PERDANA BIL.4/2018
07.12.2018 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan Gotong-royong Perdana Bil.4/2018. Gotong-royong ini bertujuan untuk memastikan amalan "Sentisa Amal" sentiasa dipraktikkan secara berterusan oleh warga zon ini tanpa menunggu menjelangnya Audit Pensijilan Semula atau hanya apabila terdapat pertandingan sahaja. Aktiviti gotong-royong ini juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan mesra antara warga Zon Lebuh Campbell ini.
MESYUARAT ZON LEBUH CAMPBELL BIL.4/2018
06.12.2018 (Khamis) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan Mesyuarat Zon Bil. 4/2018 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang dengan kehadiran tujuh orang ahli. Mesyuarat membincangkan mengenai status pensijililan semula EKSA dan beberapa keputusan pertandingan anjuran Jawatankuasa Promosi Induk EKSA yang telah disertai oleh zon ini. Untuk maklumat selanjutnya sila tekan di sini.