Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Monday 27 July 2020

GOTONG ROYONG PERDANA BIL.1/2020 JKSNPP

24.07.2020 (Jumaat) - Gotong-royong Perdana Bil. 1/2020 JKSNPP telah diadakan serentak pada hari ini di seluruh zon EKSA JKSNPP. Gotong-royong ini bertujuan untuk membuat persediaan kepada Audit Dalam yang akan berlangsung pada minggu hadapan bermula daripada 27 Julai hingga 30 Julai 2020. Zon Jawi juga turut bersama-sama menjayakan gotong-royong perdana ini. Tahniah diucapkan kepada semua diatas kerjasama yang telah diberikan.





Wednesday 22 July 2020

HARI GO GREEN ZON JAWI BIL.3 2020

17.07.2020 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan hari "Go Green" bertempat di kawasan persekitaran luar bangunan mahkamah zon ini. Pada kali ini, warga zon lebih memberi tumpuan kepada mengutip hasil daripada tanaman yang telah ditanam di persekitaran zon. Hasil tanaman kemudiannya dijual kepada warga zon dan kakitangan jabatan berdekatan. Hasil daripada jualan tersebut dimasukkan ke dalam tabung Zon Jawi untuk kegunaan aktiviti EKSA di peringkat zon. 

 Cili Padi

 Limau Bali

Tembikai Susu

 Labu

Mangga

Thursday 16 July 2020

TUTORIAL BLOG EKSA ZON JAWI DAN ZON BUKIT MERTAJAM - SIRI 2

03.07.2020 (Jumaat) - Hari ini telah berlangsungnya Tutorial blog EKSA Siri Kedua dan terakhir diantara Zon Jawi dan Zon Bukit Mertajam bertempat di Bilik Komputer Zon Jawi. Tutorial pada kali ini lebih kepada memberikan penekanan tentang cara-cara untuk memuat naik maklumat melalui "link" dan juga mengemaskini maklumat secara bergambar. Diharapkan ilmu yang diperolehi daripada sesi tutorial ini dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua zon sebagai persediaan menghadapi Audit Dalam EKSA Bil.1/2020 yang akan berlangsung pada penghujung bulan Julai ini.


Friday 3 July 2020

AUDIT DALAM EKSA BIL.1/2020

Warga Zon Jawi, adakah anda telah bersedia ???  Audit Dalam EKSA Bil.1/2020 akan membuka tirainya mulai 27 Julai sehingga 30 Julai 2020. Zon Jawi mengharapkan agar dapat mengekalkan prestasi sebagai zon yang memperolehi markah tertinggi dalam tiga siri audit sebelum ini. Yakin boleh...!!!!




TUTORIAL BLOG EKSA DIANTARA ZON JAWI DAN ZON BUKIT MERTAJAM - SIRI 1

26.06.2020 (Jumaat) - Pentadbir Blog EKSA Zon Jawi, Puan Syahida binti Md Desa dan Zon Bukit Mertajam, Puan Nurul Baizura binti Romdon Muhamad telah bekerjasama buat pertama kalinya dalam siri Tutorial Blog EKSA yang berlangsung di Bilik Komputer Zon Jawi. Tutorial ini lebih kepada bertukar-tukar pengalaman dan idea bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam penyediaan blog EKSA zon masing-masing untuk menghadapi Audit Dalam EKSA Bil.1/2020 pada penghujung Julai 2020 nanti. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


GOTONG- ROYONG ZON JAWI BIL.3/2020

26.06.2020 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan gotong-royong Bil 3/2020 yang juga merupakan gotong-royong pertama selepas pembukaan semula pejabat berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. Gotong-royong pada kali ini lebih memfokuskan kepada Audit Dalam Eksa Bil.1/2020 yang akan berlangsung pada 27 Julai hingga 30 Julai 2020. Diharapkan warga Zon Jawi dapat memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menghadapi Audit Dalam ini.








Share

Twitter Facebook