Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Wednesday, 31 July 2019

GOTONG-ROYONG PERDANA BIL.3/2019

12.07.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Bil.3/2019. Objektif gotong-royong ini lebih kepada "SISIH dan SAPU". Warga Zon Lebuh Campbell diminta agar memastikan workstation masing-masing berada dalam keadaan yang kemas dan bersih serta "SENTIASA AMAL". Gotong-royong berakhir jam 12.00 tengahari. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan gotong-royong pada hari ini.






Monday, 10 June 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Warga Zon Lebuh Campbell mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada semua Muslimin dan Muslimat. Maaf Zahir dan Batin.

Sungai Disusur Sehari-hari ,
Dalam Gelap Menangkap Ikan ,
Kami Menyusun Sepuluh Jari ,
Salah Dan Silap Harap Dimaafkan .


Gemersik Takbir Mengundang Hiba ,
Salam Diutus Tanda Ingatan ,
Syawal Dinanti Menjelang Tiba ,
Salam Diutus Pohon Kemaafan .






PHOTOSHOOT "PRA RAYA" ZON LEBUH CAMPBELL

31.05.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan photoshoot "Pra Raya". Photoshoot ini diadakan sempena kedatangan Syawal yang akan menjelang pada 5 Jun ini. Rakaman Video Ucapan Aidilfitri  daripada warga Zon Lebuh Campbell turut diadakan pada hari ini.






MESYUARAT ZON LEBUH CAMPBELL BIL.2/2019

23.05.2019 (Khamis) - Zon Lebuh Campbell telah megadakan Mesyuarat EKSA Bil.2/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat MRSSPS jam 3.45 petang. Tuan Pengerusi mengalukan kedatangan ahli zon yang baru iaitu Tuan Abdul Rahman bin Abdullah, Pegawai Sulh MRSSPS bagi menggantikan Puan Siti Aminah binti Abdul Halim yang telah bertukar ke JAIPP. Mesyuarat pada kali ini membincangkan tentang permohonan lawatan Penanda Aras EKSA ke Zon Lebuh Campbell oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan. Ini merupakan permohonan kedua kepada Zon Lebuh Campbell bagi tahun ini selepas permohonan pertama daripada Majlis Perbandaran Taiping terpaksa ditolak kerana kebanyakan tarikh yang dipilih bertindih dengan program di peringkat Induk JKSNPP. Tuan Pengerusi meminta agar semua ahli zon bersedia sepenuhnya dan memberikan kerjasama yang baik untuk lawatan Penanda Aras ini.







PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEMPENA RAMADAN ZON LEBUH CAMPBELL

07.05.2019 (Selasa) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan Program Tadarus Al-Quran sempena kedatangan Ramadan 1440H. Program Tadarus ini merupakan aktiviti wajib bagi warga JKSNPP apabila menjelangnya Ramadan. Setiap daerah dan zon telah dibahagikan dengan Surah dan Ayat suci Al-Quran yang perlu dihabiskan bacaannya sebelum berlangsungnya Majlis Iftar dan Khatam Al-Quran diperingkat JKSNPP. Pada kali ini, Zon Lebuh Campbell (MRSSPS) dikehendaki menghabiskan bacaan mulai Juzuk 1 hingga 4.






MAJLIS PERPISAHAN PUAN SITI AMINAH BINTI ABDUL HALIM

02.05.2019 (Khamis) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan majlis perpisahan kepada Puan Siti Aminah binti Abdul Halim, ahli Zon Lebuh Campbell juga merangkap Setiausaha Induk EKSA JKSNPP. Majlis diadakan di Restoran Adam Knopfler Thai Style & Local Cuisine, Sungai Jawi. Puan Siti Aminah telah bertukar ke Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kenaikan pangkat  mulai 15 April 2019. Warga Zon Lebuh Campbell mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Siti Aminah dan terima kasih atas jasa dan panduan yang telah diberikan khususnya mengenai pelaksanaan EKSA di zon ini.




GOTONG ROYONG RUANG KERJA DAN SUDUT PENGIKTIRAFAN

26.04.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan gotong-royong menambahbaik sudut Pengiktirafan dan Workstation masing-masing. Gotong-royong ini dilaksanakan secara santai dengan memberi fokus kepada susun atur perkakasan di workstations masing-masing serta membersihkan habuk-habuk dan debu. Untuk Sudut Pengiktirafan pula, sijil-sijil pengiktirafan yang telah diterima dilekatkan pada papan kenyataan kosong yang sebelum ini merupakan Sudut Eksa Zon Lebuh Campbell. Gotong-royong tamat jam 12.00 tengahari.









Saturday, 13 April 2019

HARI "GO GREEN" DI ZON LEBUH CAMPBELL BIL.2/2019

12.04.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan hari "Go Green" dengan aktiviti penjualan barang kitar semula yang telah dikumpul dan dibawa dari rumah ahli-ahli zon sejak awal tahun ini. Projek mengumpul barangan kitar semula ini adalah sokongan kepada Amalan "Go Green" yang merupakan satu daripada amalan EKSA. Pada kali ini zon Lebuh Campbell buat pertama kalinya menggunakan perkhidmatan lori 3 tan untuk membawa barangan kitar semula ke pusat penjualan yang telah ditetapkan memandangkan barangan yang dikumpul tidak mampu untuk dibawa menggunakan kenderaan sendiri. Hasil jualan sebanyak RM 57.30 dimasukkan ke dalam tabung Eksa Zon Lebuh Campbell untuk kegunaan aktiviti zon pada masa akan datang. Diharapkan usaha kecil kami dapat menyumbang kepada kelestarian "Bumi Hijau"di daerah ini.







LAWATAN KERJA ZON LEBUH CAMPBELL KE SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG

11.04.2019 (Khamis) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan lawatan kerja ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP). Lawatan kerja ini diketuai oleh Tuan Hardi bin Alias dan empat ahli Zon Lebuh Campbell iaitu Puan Siti Aminah binti Abdul Halim, Encik Mohamad Fuad bin Abdul Aziz, Puan Siti Aishah binti Ibrahim dan Puan Syahida binti Md Desa. Objektif utama lawatan ini ialah untuk melihat persekitaran yang lebih korporat dan kondusif disamping bertukar idea serta pengalaman di antara dua jabatan di bawah naungan kerajaan negeri Pulau Pinang. Terima kasih diucapkan juga kepada Puan Lim Ben Ching serta warga kerja SPPP kerana sudi menerima kunjungan kecil kami. Semoga lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang boleh dijadikan panduan serta amalan di kedua-dua jabatan.













AUDIT INDUK EKSA JKSNPP BIL.1/2019 DI LEBUH CAMPBELL

05.04.2019 (Jumaat) - Audit Induk EKSA Bil.1/2019 di Zon Lebuh Campbell telah berlangsung pada jam 9.00 pagi. Barisan auditor yang diketuai oleh Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi dan dibantu oleh empat orang auditor iaitu Tuan Mohd Anuar bin Shaari, Puan Noorhasyimah binti Khalid, Tuan Haji Mohd Yusri bin Salleh dan Puan Hamizah binti Abdul Hamid. Semua teguran dan penemuan perlu dibuat pembetulan oleh zon ini dalam tempoh 5 hari bekerja. Terima kasih diucapkan kepada semua auditor yang sudi meluangkan masa menjalankan auditan di Zon Lebuh Campbell. 

 



Friday, 5 April 2019

GOTONG ROYONG PERDANA BIL.2/2019

28.03.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan gotong royong perdana sempena Audit Dalam yang akan berlangsung pada 5 April hingga 10 April 2019. Zon Lebuh Campbell dijadualkan menerima kehadiran Juruaudit Dalam pada 5 April 2019. Diharapkan Zon Lebuh Campbell dapat mengekalkan prestasi Cemerlang seperti tahun-tahun sebelumnya. Maklumat selanjutnya di sini..







Sunday, 31 March 2019

MESYUARAT ZON LEBUH CAMPBELL BIL.1/2019


 21.03.2019 (Khamis) - Zon Lebuh EKSA telah mengadakan mesyuarat zon Bil.1/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat MRSSPS pada jam 3.45 petang. Mesyuarat dihadiri oleh tujuh orang ahli tanpa kehadiran Encik Muhamad bin Shaari yang masih lagi bercuti sakit. Menjadi tajuk utama mesyuarat pada kali ini ialah menganai Audit Dalam EKSA Bil.1/2019 yang akan berlangsung pada 1 April hingga 10 April 2019. Diharapkan semua ahli Zon bersedia sepenuhnya.




Share

Twitter Facebook