Pages

Monday 4 June 2018

ARAHAN PENJIMATAN ELEKTRIK

Memo mengenai Arahan Penjimatan Elektrik bertarikh 22 Mei 2018 daripada Y.A.A. Ketua Hakim Syarie telah dikeluarkan kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Arahan ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bil.4 Tahun 2018 yang meliputi Mahkamah Rendah Syariah adalah seperti berikut :


a) memastikan lampu ditutup pada waktu rehat (1.00 petang hingga 2.00 petang / 12.15 tengahari hingga 2.45 petang). Lampu yang tidak digunakan hendaklah ditutup selepas jam 5.30 petang atau semasa ketiadaan pegawai di pejabat. Lampu koridor hanya dipasang sekiranya ruang tersebut gelap ataupun atas faktor keselamatan.

b) bilik / ruang kerja yang bertingkap tidak perlu membuka lampu kecuali jika cuaca gelap dan mengganggu urusan kerja. Manakala bagi bilik yang bertingkap hendaklah dibuka bidai dan tidak perlu membuka lampu.

c) penghawa dingin pula ditetapkan pada suhu 24c. Pegawai yang meninggalkan bilik / ruang kerja melebihi 1 jam perlu mematikan penghawa dingin di kawasan berkenaan. Penghawa dingin mestilah dimatikan selewat-lewatnya pada jam 5.30 petang.

Zon Lebuh Cambell telah mengambil langkah penjimatan dengan mematikan penghawa dingin pada waktu rehat tengahari terutamanya ketika musim hujan serta mematikan penghawa dingin 20 minit sebelum waktu kerja berakhir. Diharapkan semua pegawai dan kakitangan JKSNPP dapat memainkan peranan masing-masing bagi mematuhi arahan penjimatan in.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook