Pages

Wednesday 25 October 2017

Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Seberang Perai Selatan


11.10.2017 ( Rabu) - Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan (Lebuh Campbell) sekali lagi berpeluang menerima kehadiran rombongan Lawatan Penanda Aras Eksa. Lawatan kali ini ialah daripada Jabatan Pendaftaran Negara Seberang Perai Selatan (JPNSPS). JPNSPS ketika ini sedang melalui proses mendapatkan pensijilan EKSA dan masih di frasa persediaan bagi menghadapi Audit Dalaman & Audit pensijilan daripada pihak MAMPU yang dijangkakan akan berlangsung pada penghujung tahun 2017. JPNSPS memilih Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan kerana jabatan ini merupakan jabatan kerajaan yang pertama mendapat pensijilan EKSA di Daerah Seberang Perai Selatan.

Rombongan seramai 5 orang pegawai dan kakitangan JPNSPS ini diketuai oleh Encik Nur Ikram bin Bahari selaku Pegawai Pendaftaran Daerah. Lawatan ini lebih kepada melihat persekitaran kerja dan amalan EKSA di Zon Lebuh Campbell. Diharapkan lawatan ini dapat memberikan serba sedikit gambaran mengenai amalan EKSA serta membantu JPNSPS dalam usaha untuk memperolehi pensijilan EKSA.








0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook