Pages

Thursday 15 February 2018

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH JABATAN PENJARA SEBERANG PERAI



06.02.2018 (Selasa) - Zon Lebuh Campbell membuka tirai Lawatan Penanda Aras EKSA 2018  dengan menerima kunjungan daripada Jabatan Penjara Seberang Perai. Lawatan ini berlangsung jam 2.30 petang dengan kunjungan seramai 25 ahli rombongan daripada Jabatan Penjara Seberang Perai yang diketuai oleh Pengarah Penjara iaitu Penolong Kanan Komisioner Penjara Tuan Husin bin Haji Johari. Turut hadir sama ialah Penolong Penguasa Penjara Tuan Daziro bin Mustafa, AJK Induk EKSA dan ketua-ketua zon Jabatan Penjara Seberang Perai. Untuk makluman, Jabatan Penjara Seberang Perai sedang menuju ke arah pensijilan EKSA daripada pihak MAMPU dalam tempoh terdekat ini. Diharapkan lawatan ini memberikan serba sedikit panduan kepada Jabatan Penjara Seberang Perai serta dapat menjana perkongsian idea yang berguna kepada seluruh warga kedua-dua jabatan.























0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook