Pages

Wednesday 18 April 2018

KUIZ EKSA ANJURAN JAWATANKUASA LATIHAN EKSA JKSNPP BIL.1/2018


06/04/2018 (JUMAAT) - Jawatankuasa Latihan Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan Kuiz EKSA  pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil.1/2018 bertempat di Dewan Serbaguna JKSNPP. Hebahan mengenai penganjuran kuiz telah dibuat dua minggu lebih awal sebagai persediaan kepada semua kakitangan. Kuiz tersebut dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Latihan Induk EKSA, Tuan Mohd Anuar bin Shaari. Kuiz kali ini agak berbeza berbanding kuiz -kuiz EKSA terdahulu kerana nama peserta dipilih secara  cabutan  yang dilakukan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu EKSA JKSNPP iaitu Y.A.A. Ketua Hakim Syarie. Tahniah diucapkan kepada Ketua  Zon dan Pentadbir Blog Lebuh Campbell iaitu Encik Fuad bin Abdul Aziz dan Puan Syahida binti Md. Desa kerana nama mereka telah terpilih semasa undian dan berjaya menjawab soalan kuiz spontan ini dengan tepat. Untuk makluman, hadiah kepada para pemenang disumbangkan secara peribadi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu EKSA JKSNPP.
 

 




0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook