Pages

Monday 11 June 2018

AIDILFITRI DI LEBUH CAMPBELL


08.06.2018 (Jumaat) -  Lebuh Campbell telah mengadakan gotong-royong menghias kaunter utama sempena sambutan Aidilfitri yang bakal berlangsung pada 15 Jun 2018. Semua ahli terlibat secara langsung dalam menjayakan dekorasi ringkas ini. Bahan yang digunakan adalah berasaskan prinsip guna semula iaitu menggunakan barang-barang dari tahun sebelumnya untuk mengelakkan pembaziran seperti kad raya, pelita, lampu hiasan, sampul duit raya serta ketupat hiasan. Semoga dekorasi ringkas ini dapat menceriakan pelanggan ketika berurusan di kaunter Lebuh Campbell.



0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook