Pages

Monday 20 August 2018

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JKSNPP BIL.2/2018

17.08.2018 (Jumaat) - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan Gotong- royong Perdana Bil. 2/2018. Gotong-royong ini diwajibkan kepada semua Zon EKSA di JKSNPP dan diadakan secara serentak mulai jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Zon Lebuh Campbell memulakan gotong-royong perdana ini dengan menumpukan kawasan persekitaran di luar bangunan iaitu tempat meletak kenderaan, pondok pengawal serta pintu masuk utama. Di sebelah petang, gotong-royong disambung di kawasan dalam bangunan iaitu di kaunter, stor, bilik fail dan meja kerja masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada warga Zon Lebuh Campbell di atas kerjasama yang telah diberikan.  Maklumat selanjutnya sila klik di sini ..







0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook