Pages

Monday 18 February 2019

GOTONG-ROYONG PERDANA BIL.1/2019

18.01.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan gotong-royong Bil.1/2019. Objektif utama gotong-royong pada kali ini ialah membersih dan mengemas Bilik Fail serta Sudut Pengiktirafan kerana zon ini baru menerima almari hiasan bagi menggantikan sudut Pengiktirafan yang sebelum ini hanya menggunakan barangan terpakai. Di Bilik Fail, tumpuan diberikan kepada membersihkan habuk dan memasukkan fail-fail kes yang telah selesai ke dalam kotak yang telah disediakan. Aktiviti seterusnya ialah memindah dan menyusun semula pelbagai cenderahati, piala serta sijil-sijil yang telah diperolehi ke dalam almari hiasan yang telah dibekalkan oleh pihak jabatan. Gotong-royong tamat pada jam 12.00 tengahari. Maklumat selanjutnya di sini







0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook