Pages

Tuesday 13 April 2021

GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL.1/2021

26.03.2021 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan gotong-royong Bilangan 1/2021. Tahun 2021 telah menyaksikan aktiviti EKSA tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual disebabkan oleh Arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan bermula awal tahun 2021 sehingga ke hari ini. Pekerja sektor awam dan swasta juga diarahkan untuk bekerja dari rumah mengikut peratusan tertentu yang telah ditetapkan. Faktor ini juga turut menyumbang kepada tergendalanya aktiviti EKSA akibat daripada kekurangan ahli zon yang hadir bertugas setiap hari. Namun, Zon Jawi tetap memastikan aktiviti gotong-royong ini dijalankan secara ringkas. Terima kasih kepada semua ahli yang terlibat.






 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook