Pages

Wednesday 16 May 2018

HARI INOVASI JKSNPP TAHUN 2018



03.05.2018 (Khamis) - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Peraduan Innovation Blast 2018 sempena Hari Inovasi peringkat jabatan. Objektif peraduan bertujuan untuk memberikan cadangan idea inovasi dan kreatif yang boleh dibangunkan di peringkat jabatan. Peraduan terbahagi kepada dua kategori iaitu Individu dan kumpulan. Setiap daerah perlu menyertai sekurang-kurangnya satu penyertaan bagi setiap kategori.
MRSSPS berjaya menghantar satu penyertaan bagi kategori Kumpulan dengan membawa nama SMART-Corp dan Kategori Individu yang disertai oleh Encik Mohamad Fuad. Kumpulan SMART-Corp telah berjaya menyandang tempat Kedua dengan mempetaruhkan e-Smartvey iaitu Smart Survey System sekaligus membawa pulang wang tunai RM 150.00 beserta sijil penyertaan. E-Smartvey ialah inovasi yang diilhamkan daripada Maklumbalas Pelanggan secara dalam talian (online). Juri jemputan merupakan Pengurus MPC Wilayah Utara iaitu Encik Khairil Anuar bin Amir Hamzah yang turut memberikan ceramah Inovasi bertajuk "Thinking Outside The Box". Tahniah diucapkan kepada kumpulan SMART-Corp. Untuk makluman, MRSSPS merupakan juara Innovation Challenge peringkat jabatan pada tahun 2016 melalui idea inovasi bertajuk My e-notes.




0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook