Pages

Thursday 24 May 2018

PERTANDINGAN BLOG EKSA PALING KREATIF JKSNPP

23.05.2018 (Rabu) - Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Blog Eksa Paling Kreatif bertempat di Bilik Menyuarat JKSNPP. Tujuh zon terlibat secara langsung dalam pertandingan ini iaitu Zon Lebuh Armenian, Lebuh King, Lebuh Queen, Lebuh Light, Lebuh Victoria, Lebuh Downing dan Lebuh Campbell sendiri.
Juri jemputan terdiri daripada dua orang yang didatangkan khas daripada Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Salbiah binti Mat dan Puan Siti Fairus binti Mustafa. Pertandingan berlangsung pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Pemenang akan diumumkan bersama dengan keputusan Pertandingan Bilik Fail Paling Efisyen dan Kaunter terbaik. Untuk makluman, Lebuh Campbell merupakan Juara bertahan bagi Pertandingan Blog EKSA yang telah diadakan pada tahun 2016. Adakah Lebuh Campbell berjaya mengekalkan kejuaraan pada kali ini ? Sama-sama kita nantikan.








0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook