Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Tuesday 29 December 2015

Bengkel Sistem Pengurusan Dokumentasi Maya EKSA




BENGKEL SISTEM PENGURUSAN DOKUMENTASI MAYA EKSA -telah diadakan pada 8hb hingga 9hb Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara. Bengkel tersebut dihadiri oleh semua Jawatankuasa Pemandu EKSA, semua ketua Zon serta seorang wakil daripada setiap zon yang berkemahiran mengenai ICT/blog. Pada bengkel tersebut peserta mempelajari cara mengemaskini blog  eksa masing-masing. Tiada lagi dokumentasi berbentuk 'hardcopy' setelah blog setiap zon lengkap dan memenuhi kriteria dokumentasi EKSA.


Audit Dalam Eksa Bil. 2 Tahun 2015

Audit Dalaman Eksa Bil. 2 Tahun 2015 telah diadakan pada 10 Ogos 2015 (petang). Juruaudit yang menjalankan auditan tersebut adalah:-

1. Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar
2. Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar
3. Puan Zarina binti Mustapa
4. Puan Azlina binti Shafee
5.Puan Shifa binti Abd Samad
6. Encik Abdul Manaf bin Jamil

Pada sesi auditan kali ini markah yang diperolehi oleh Zon Lebuh Campbell adalah 87.54.

Thursday 3 December 2015

AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 1 TAHUN 2015

Audit Dalaman Eksa Bil. 1 Tahun 2015 telah diadakan pada 18 Mac 2015. Juruaudit yang menjalankan auditan tersebut adalah:-

1. Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar
2. Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar
3. Puan Zarina binti Mustapa
4. Puan Azlina binti Shafee
5.Puan Shifa binti Abd Samad
6. Encik Abdul Manaf bin Jamil

Markah yang diperolehi oleh Zon Lebuh Campbell adalah 84.92.


Pertandingan Kaunter dan Sudut EKSA


 Pada 13 dan 14 Ogos 2014 lalu, Jawatan Kuasa Promosi telah mengadakan satu pertandingan Kaunter dan Sudut EKSA terbaik.


Juri adalah terdiri dari YAA Dato' Ketua Hakim Syarie dan dua orang pegawai daripada Kastam Diraja Malaysia.


Pertandingan Go Green dan Workstation EKSA Terbaik JKSNPP

Pada 5 - 6 Jun 2014 Pertandingan Go Green dan Workstation EKSA JKSNPP telah diadakan, penel penilai diketuai oleh YAA Dato' KHS, ahli panel lain KP dan Pegawai Penyelidik KHS telah membuat penilaian di semua zon.



Pada 5 Jun 2014 panel penilai membuat penilaian di semua zon sebelah pulau dan pada 6 Jun 2014 di zon sebelah seberang.



LAWATAN EKSA KE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PARIT BUNTAR, PERAK & PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN


23/5/2014, JUMAAT - JKSNPP telah mengadakan lawatan sambil belajar EKSA ke Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar, Perak dan Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan. Lawatan diketuai YAA Dato' KHS. Lawatan pertama ke MRS Parit Buntar pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari dan lawatan kedua ke Pejabat Tanah dan Daerah SPS dimulai jam 3.00 petang sehingga jam 5.00 petang.

Hasil lawatan tersebut banyak ilmu dapat ditimba untuk merealisasikan  EKSA JKSNPP kelak.

  Lawatan di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan







Lawatan di Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan












Wednesday 2 December 2015

MAJLIS PELANCARAN 5S


JKSNPP telah mengadakan Majlis Pelancaran 5S pada 9 Mei 2015 di Dewan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang pada jam 8.30 pagi. Pelbagai program diadakan pada majlis tersebut antaranya:-

 Ucapan YAA. Dato' Ketua Hakim Syarie

Pelancaran Logo 5S



Walaubagaimanapun kini  Logo 5S tersebut telah digantikan kepada Logo EKSA


    Kuiz juga dijalankan oleh Jawatankuasa Latihan Induk EKSA



Kuiz mendapat sambutan hangat daripada semua yang hadir





Jawapan yang betul diberikan wang saguhati berjumlah RM5


Penyerahan 'Banting/Banner'




Ketua Zon Lebuh Campbell menerima Banting MRSSPS










Penilaian Di Pertandingan Bilik Stor Dan Pengurusan Inventori Paling Efisien



Pada 29 - 30 April 2014 Penilaian Bilik Stor Dan Pengurusan Inventori Paling Efisien telah dijalankan oleh panel penilai yang terdiri YAA Dato KHS, KP dan YA Hakim Dewan 4. Pada 29 April 2014 penilaian di buat di zon-zon sebelah pulau dan pada 30 April 2014 penilaian dibuat di sebelah seberang





LAWATAN PENANDAARASAN EKSA KE JABATAN KASTAM DI SEBERANG JAYA



KHAMIS, 13 MAC 2014 - Satu lawatan Penandaarasan EKSA telah diadakan oleh  Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) dimana Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Seberang Jaya telah dipilih sebagai destinasi lawatan yang julung-julung kali diadakan ini. Lawatan yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Promosi EKSA JKSNPP ini  dihadiri seramai 26 orang peserta, dengan diketuai Yang Amat Arif, Dato' Haji Abdul Walid Bin Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang selaku penaung EKSA Jabatan, Ketua Jawatankuasa Promosi Tuan Nik Bukhari Hashimy b. Nik Yahya,  Ketua Jawatankuasa Latihan Tuan Mohamad Yusri b Kasim dan Ketua Jawatankuasa Audit Tuan Mohamad Shahidan b Abdul Ghapar  serta wakil setiap zon  .

Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah  Kastam Negeri Tuan Mohd Isa b. Yeop seterusnya Taklimat Cukai GST oleh wakil Kastam dan Taklimat Perlaksanaan EKSA serta ucapan balas daripada YAA Dato Ketua Hakim Syarie. Acara kemuncak ialah lawatan di bangunan Kompleks Kastam Seberang Jaya yang dipecahkan kepada 5 kumpulan yang terdiri 6 hingga 7 peserta dengan melawat Kumpulan Delima, Kumpulan Cenderawasih, Kumpulan Zamrud dan Kumpulan Bumi. Antara yang menjadi fokus utama ialah sudut EKSA, sudut Go green dan sistem penyimpanan fail.

Lawatan berakhir jam 12.30 tengahari.






Share

Twitter Facebook