Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Friday 2 December 2016

BENGKEL PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BLOG EKSA


17 November 2016 - Jawatankuasa ICT dan Blog EKSA telah mengadakan Bengkel Pengurusan Dan Penyelenggaraan Blog EKSA bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh pentadbir blog semua zon EKSA. Pegawai ICT Jabatan En. Mohammad Khairil Izwan bin Mansor telah menyampaikan tutorial mengemaskini blog. Setiap pentadbir blog disediakan sebuah laptop bagi memudahkan urusan mengemaskini blog masing- masing. Setiap zon diwajibkan untuk mengemaskini blog sekurang- kurangnya sekali pada setiap bulan. Aktiviti pengemaskinian blog akan dilaporkan oleh En. Mohammad Khairil Izwan bin Mansor setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pentadbir blog bagi zon Lebuh Campbell adalah Puan Siti Aishah Binti Ibrahim.

GOTONG ROYONG PERDANA

Pada 28 Oktober 2016 hari Jumaat, Zon Lebuh Campbell telah mengadakan gotong royong perdana bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah melupuskan kerusi- kerusi lama yang telah rosak dan lusuh, memotong papan untuk bekas simpanan alat tulis untuk diletakkan di dalam laci, menyapu minyak pada engsel pintu dan mengemaskan ruang kerja masing- masing.














Thursday 15 September 2016

Bendera Jabatan



Sempena Hari Kebangsaan 2016 Mahkamah Rendah Syariah Daerah seberang Perai Selatan telah dibekalkan dengan bendera Malaysia. Jabatan juga turut menyediakan sebuah bendera Jabatan susulan teguran juruaudit EKSA MAMPU. Sebelum ini satu tiang bendera tidak diisi  dan juruaudit mencadangkan bendera Jabatan diwujudkan bagi melengkapkan ketiga-tiga tiang bendera serta menyemak kedudukan bendera.
 

GRILL TINGKAP YANG SELAMAT


Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan amat berterima kasih atas usaha Jabatan yang mengambil tindakan terhadap teguran juruaudit EKSA Mampu dan Pegawai Bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal mengenai grill tingkap yang tidak selamat ketika kecemasan. Pada awal September 2016 beberapa grill tingkap telah ditukar kepada grill yang boleh dibuka ketika kecemasan.




AUDIT DALAM EKSA BIL.2 TAHUN 2016


Audit Dalam EKSA Bil.2 Tahun 2016 - Pada 8 Otober 2016 jam 2.30petang Audit Dalam Eksa telah diadakan di zon Lebuh Campbell. Audit Dalam tersebut diketuai oleh Tn. Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar. Lima juruaudit lain adalah Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar, Puan Zarina binti Mustapa, Puan Azlina binti Shafee, Puan Shifa binti Abd. Samad dan Encik Abdul Manaf bin Jamil. Masih terdapat beberapa teguran sewaktu auditan diadakan. Juruaudit juga telah membuat ujian pencarian fail terhadap dua orang kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan dan seorang pelajar praktikal. Semoga Zon Lebuh Campbell mendapat markah yang cemerlang bagi audt kali ini.





Friday 29 July 2016

ZON LEBUH CAMPBELL BERJAYA MEMPEROLEH SIJIL EKSA MAMPU

ALHAMDULILLAH setinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana Lebuh Campbell telah berjaya memperoleh sijil EKSA dengan kategori Cemerlang. Sijil berkenaan dikeluarkan pada 15 April 2016 dan sah sehingga 14 April 2018. Terima kasih atas usaha gigih semua warga Zon Lebuh Campbell dalam melaksanakan EKSA. Semoga pelaksanaan EKSA tidak berhenti di sini. Cabaran yang paling besar adalah sentiasa mengamalkannya.

Thursday 14 April 2016

PENERANGAN MENGENAI CIRI-CIRI KESELAMATAN PENGGUNAAN DAPUR GAS

Pada 12 April 2016 , dua orang Pegawai Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Pulau Pinang telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan bagi memberikan khidmat nasihat dan melihat ciri-ciri keselamatan penggunaan dapur gas di pantri. Penerangan tersebut dibuat susulan surat jemputan oleh pihak Mahkamah sendiri agar pihak Bomba memberikan nasihat berkenaan dan ianya merupakan satu tindakan penambahbaikan yang dicadangkan oleh pihak MAMPU sewaktu Audit Pensijilan  EKSA MAMPU pada 14 April yang lalu. Terima kasih atas kesudian pihak Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal memberikan penerangan tersebut. Segala nasihat dan teguran akan diambil tindakan yang sewajarnya.



AUDIT PENSIJILAN EKSA MAMPU


AUDIT PENSIJILAN EKSA MAMPU-telah diadakan pada 14 Mac 2016 di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan (Zon Lebuh Campbell). Audit tersebut telah dijalankan oleh Tuan Mogana Rau. Semua pegawai dan kakitangan di Zon Lebuh Campbell memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi auditan tersebut. Terdapat beberapa teguran dan cadangan yang diberikan oleh Tuan Mogana Rau. Tindakan pembetulan perlu dilakukan dalam tempoh 3 hari selepas majlis penutupan Audit pada 16 Mac 2016. Kini Zon Lebuh Campbell sedang menunggu markah audit tersebut daripada MAMPU. Diharapkan Zon Lebuh Campbell dipersijilkan dan mendapat markah yang cemerlang.
 


 
 

Monday 22 February 2016

AUDIT DALAMAN EKSA BIL.1 TAHUN 2016

Audit Dalaman EKSA Bil.1 Tahun 2016 akan diadakan mulai 18 hingg 26 Februari 2016. Juruaudit yang akan menjalankan auditan di Zon Lebuh Campbell pada 22 Februari 2016. Semoga Zon Lebuh Campbell melipat gandakan usaha bagi memenuhi kriteria yang dijalankan.

PERTANDINGAN BLOG EKSA PALING KREATIF

Pertandingan Blog EKSA terbaik telah diadakan pada 13 Januari 2016, Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Promosi EKSA yang diadili panel yang dilantik dari kalangan ICT SUK Pulau Pinang dan YAA. Dato' Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan selaku Ketua Hakim Syarie Negeri Pinang. Alhamdulillah Lebuh Campbell telah berjaya merangkul tempat pertama dan membawa pulang sebuah piala dan sijil. Tempat kedua  dimenangi oleh Lebuh Armenian seterusnya tempat ketiga oleh Lebuh King. Tahniah dan syabas kepada semua warga Lebuh Campbell

Share

Twitter Facebook