Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Sunday 10 November 2019

AUDIT DALAM EKSA BIL.2/2019

Warga Zon Jawi, sudahkah anda bersedia ??? Audit dalam EKSA Bil.2/2019 di Zon Jawi akan berlangsung pada 11 November 2019. Diharapkan warga zon bersedia sepenuhnya agar dapat mempertahankan pencapaian markah tertinggi seperti yang diperolehi daripada Audit Dalam EKSA Bil.1/2019 yang lalu. Semoga Zon Jawi terus CEMERLANG. Yakin boleh..!!!!

Saturday 9 November 2019

GOTONG-ROYONG BIL.5/2019 DAN GO GREEN ZON JAWI

04.11.2019 (Isnin) - Gotong-royong pada hari ini merupakan sambungan kepada gotong-royong pada 1 November 2019 yang lalu. Pada kali ini, warga zon memberi tumpuan kepada pemasangan potret rasmi, mengemas serta menyusun semula setiap ruangan di Zon Jawi ini. Go Green peringkat zon juga dijalankan serentak pada hari ini dengan menjual barang-barang terpakai yang telah dikumpulkan oleh ahli zon. Hasil tanaman seperti mangga, kacang kelisa,belimbing dan limau bali dikutip dan dijual kepada ahli zon dan jabatan bersebelahan. Hasil jualan dimasukkan ke dalam tabung EKSA untuk kegunaan zon pada masa akan datang. 













GOTONG-ROYONG BIL 4/2019

01.11.2019 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan Gotong-royong Bil.4/2019 sebagai persiapan kepada audit dalam yang akan berlangsung pada 11 November 2019. Gotong-royong pada kali ini lebih kepada mengemaskan wayar komputer yang baru sahaja terlibat dengan pemasangan semula setelah tamat tempoh sewaan baru-baru ini. Gotong-royong akan bersambung pada 4 November 2019.








MESYUARAT ZON JAWI BIL.3/2019

31.10.2019 (Selasa) - Zon Jawi telah mengadakan mesyuarat peringkat zon pada jam 3.45 petang dengan kehadiran semua ahli zon seramai 8 orang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Hakim MRSSPS iaitu Tuan Hardi bin Alias. Mesyuarat pada kali ini menekankan tentang Audit Dalam Bil.2/2019 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 November 2019. Zon Jawi akan menerima kedatangan auditor pada 11 November 2019. Tuan Pengerusi telah menetapkan 1 November dan 4 November sebagai hari gotong-royong persediaan kepada audit dalam ini.



Tuesday 22 October 2019

ZON JAWI JOHAN PERTANDINGAN SURAU PALING EFISIEN DAN NAIB JOHAN PERTANDINGAN BEST PRACTICE 2019

04.10.2019 (Jumaat) - Tahniah diucapkan kepada Zon Jawi kerana berjaya merangkul kejuaraan sebagai Johan Pertandingan Surau Paling Efisien dan Tempat Kedua Amalan Best Practice EKSA 2019 yang telah diadakan pada 25.09.2019 yang lalu. Keputusan pertandingan diumumkan pada Perhimpunan Bulanan Bil.3/2019 yang diadakan di Dewan Serbaguna JKSNPP. Pada majlis yang sama turut diadakan kuiz online Kahoot EKSA yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA JKSNPP. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Zon Jawi kerana telah bersama-sama menyumbangkan tenaga,masa dan idea sehingga zon ini berjaya melakarkan pelbagai kejayaan yang cemerlang.
 




PERTANDINGAN SURAU PALING EFISIEN DAN BEST PRACTICE EKSA 2019

25.09.2019 (Rabu) - Jawatankuasa Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Surau Paling Efisien dan Best Practice Amalan EKSA. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua zon JKSNPP. Penilaian dilakukan oleh juri Jemputan daripada Suruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang, Puan Zalina. Zon Jawi mengambil inisiatif mengecat semula dinding surau sebagai "Future Wall" . Keseluruhan tenaga kerja  dan idea disumbangkan sepenuhnya daripada warga kerja Zon Jawi. Bertemakan hijau dan kelabu, Zon Jawi mengharapkan dapat memberikan saingan kepada zon lain yang bertanding.







GOTONG-ROYONG PERDANA BIL.3/2019

12.07.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan Gotong-Royong Bil.3/2019. Objektif gotong-royong ini lebih kepada "SISIH dan SAPU". Warga Zon Lebuh Campbell diminta agar memastikan workstation masing-masing berada dalam keadaan yang kemas dan bersih serta "SENTIASA AMAL". Gotong-royong berakhir jam 12.00 tengahari. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan gotong-royong pada hari ini.








MARKAH TERTINGGI AUDIT DALAM EKSA BIL.1/2019

21.08.2019 (Rabu) - Tahniah kepada Zon Jawi kerana telah berjaya memperolehi markah tertinggi Audit Dalam EKSA Bil.1/2019 yang telah berlangsung pada 05.04.2019 yang lalu. Jumlah markah keseluruhan bagi komponen A hingga F ialah 96.16. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua warga zon di atas sumbangan yang telah diberikan sekaligus dapat mengekalkan kedudukan sebagai zon yang memperolehi markah tertinggi seperti tahun sebelumnya. Terima kasih juga diucapkan kepada mantan Ketua Zon Jawi yang telah bertukar ke Zon Bukit Mertajam mulai 1 Ogos 2019, Encik Mohamad Fuad bin Abdul Aziz. Semoga zon ini dapat mengekalkan kecemerlangan di bawah pimpinan Ketua Zon yang baru iaitu Tuan Haji Mohamad Zahir bin Isamail.

Monday 9 September 2019

PENUKARAN NAMA ZON LEBUH CAMPBELL KEPADA ZON JAWI


21.08.2019 (Rabu) - Mesyuarat JK Pemandu EKSA JKSNPP telah memutuskan untuk memberikan  nama baru kepada setiap Zon EKSA di JKSNPP. Zon Lebuh Campbell akan dikenali sebagai Zon Jawi berkuatkuasa mulai 21.08.2019. Perubahan nama zon ini diharapkan dapat memberikan nafas baru kepada zon ini.

Wednesday 31 July 2019

GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL.3/2019

12.07.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan Gotong-Royong Bil.3/2019. Objektif gotong-royong ini lebih kepada "SISIH dan SAPU". Warga Zon Lebuh Campbell diminta agar memastikan workstation masing-masing berada dalam keadaan yang kemas dan bersih serta "SENTIASA AMAL". Gotong-royong berakhir jam 12.00 tengahari. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan gotong-royong pada hari ini.






Monday 10 June 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Warga Zon Lebuh Campbell mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada semua Muslimin dan Muslimat. Maaf Zahir dan Batin.

Sungai Disusur Sehari-hari ,
Dalam Gelap Menangkap Ikan ,
Kami Menyusun Sepuluh Jari ,
Salah Dan Silap Harap Dimaafkan .


Gemersik Takbir Mengundang Hiba ,
Salam Diutus Tanda Ingatan ,
Syawal Dinanti Menjelang Tiba ,
Salam Diutus Pohon Kemaafan .






PHOTOSHOOT "PRA RAYA" ZON LEBUH CAMPBELL

31.05.2019 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan photoshoot "Pra Raya". Photoshoot ini diadakan sempena kedatangan Syawal yang akan menjelang pada 5 Jun ini. Rakaman Video Ucapan Aidilfitri  daripada warga Zon Lebuh Campbell turut diadakan pada hari ini.






MESYUARAT ZON LEBUH CAMPBELL BIL.2/2019

23.05.2019 (Khamis) - Zon Lebuh Campbell telah megadakan Mesyuarat EKSA Bil.2/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat MRSSPS jam 3.45 petang. Tuan Pengerusi mengalukan kedatangan ahli zon yang baru iaitu Tuan Abdul Rahman bin Abdullah, Pegawai Sulh MRSSPS bagi menggantikan Puan Siti Aminah binti Abdul Halim yang telah bertukar ke JAIPP. Mesyuarat pada kali ini membincangkan tentang permohonan lawatan Penanda Aras EKSA ke Zon Lebuh Campbell oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan. Ini merupakan permohonan kedua kepada Zon Lebuh Campbell bagi tahun ini selepas permohonan pertama daripada Majlis Perbandaran Taiping terpaksa ditolak kerana kebanyakan tarikh yang dipilih bertindih dengan program di peringkat Induk JKSNPP. Tuan Pengerusi meminta agar semua ahli zon bersedia sepenuhnya dan memberikan kerjasama yang baik untuk lawatan Penanda Aras ini.







PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEMPENA RAMADAN ZON LEBUH CAMPBELL

07.05.2019 (Selasa) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan Program Tadarus Al-Quran sempena kedatangan Ramadan 1440H. Program Tadarus ini merupakan aktiviti wajib bagi warga JKSNPP apabila menjelangnya Ramadan. Setiap daerah dan zon telah dibahagikan dengan Surah dan Ayat suci Al-Quran yang perlu dihabiskan bacaannya sebelum berlangsungnya Majlis Iftar dan Khatam Al-Quran diperingkat JKSNPP. Pada kali ini, Zon Lebuh Campbell (MRSSPS) dikehendaki menghabiskan bacaan mulai Juzuk 1 hingga 4.






MAJLIS PERPISAHAN PUAN SITI AMINAH BINTI ABDUL HALIM

02.05.2019 (Khamis) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan majlis perpisahan kepada Puan Siti Aminah binti Abdul Halim, ahli Zon Lebuh Campbell juga merangkap Setiausaha Induk EKSA JKSNPP. Majlis diadakan di Restoran Adam Knopfler Thai Style & Local Cuisine, Sungai Jawi. Puan Siti Aminah telah bertukar ke Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kenaikan pangkat  mulai 15 April 2019. Warga Zon Lebuh Campbell mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Siti Aminah dan terima kasih atas jasa dan panduan yang telah diberikan khususnya mengenai pelaksanaan EKSA di zon ini.




Share

Twitter Facebook