Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Sunday 25 February 2018

GOTONG-ROYONG PERDANA BIL. 2/2018


23.02.2018 (Jumaat) - Lebuh Campbell telah mengadakan gotong-royong Perdana Bil.2/2018. Gotong- royong ini bertujuan untuk menghadapi Audit Dalaman EKSA di Lebuh Campbell yang  telah diawalkan pada 26 Februari 2018. Diharapkan warga Zon Lebuh Campbell bersedia sepenuhnya dalam usaha untuk meminimumkan teguran pihak audit untuk zon kebanggaan kita. Maklumat selanjutnya di sini .

Thursday 15 February 2018

AUDIT DALAM EKSA BIL. 1/2018




Audit dalaman EKSA Bil.1/2018 di Lebuh Campbell akan berlangsung pada 28 Februari 2018 (Khamis). Diharapkan agar semua warga Zon Lebuh Campbell bersedia sepenuhnya. "Lebuh Campbell pasti boleh ".

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH JABATAN PENJARA SEBERANG PERAI



06.02.2018 (Selasa) - Zon Lebuh Campbell membuka tirai Lawatan Penanda Aras EKSA 2018  dengan menerima kunjungan daripada Jabatan Penjara Seberang Perai. Lawatan ini berlangsung jam 2.30 petang dengan kunjungan seramai 25 ahli rombongan daripada Jabatan Penjara Seberang Perai yang diketuai oleh Pengarah Penjara iaitu Penolong Kanan Komisioner Penjara Tuan Husin bin Haji Johari. Turut hadir sama ialah Penolong Penguasa Penjara Tuan Daziro bin Mustafa, AJK Induk EKSA dan ketua-ketua zon Jabatan Penjara Seberang Perai. Untuk makluman, Jabatan Penjara Seberang Perai sedang menuju ke arah pensijilan EKSA daripada pihak MAMPU dalam tempoh terdekat ini. Diharapkan lawatan ini memberikan serba sedikit panduan kepada Jabatan Penjara Seberang Perai serta dapat menjana perkongsian idea yang berguna kepada seluruh warga kedua-dua jabatan.

"KEMPEN 1 AHLI, 1 POKOK"


02.02.2018 (Jumaat) - Lebuh Campbell telah berjaya menganjurkan "Kempen 1 ahli, 1 pokok" dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Seberang Perai Selatan. Jabatan Pertanian SPS telah membekalkan 3 jenis pokok iaitu 2 anak pokok Durian Musang King hibrid dan 1 anak pokok rambutan. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pertanian Daerah SPS di atas kesudian menyumbangkan anak-anak pokok tersebut. Sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya.


KUNJUNGAN KALI PERTAMA PENGERUSI INDUK EKSA JKSNPP KE ZON LEBUH CAMPBELL


01.02.2018 (Khamis) - Warga Zon Lebuh Campbell berbesar hati menerima lawatan kali pertama Y.A.A. Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Induk EKSA JKSNPP . Y.A.A. Tuan Mohamad Shakir bin Abdul Hamid memulakan tugas di JKSNPP pada November 2017 yang lalu. Warga Zon Lebuh Campbell mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian beliau mengunjungi zon kami ini. Terima kasih.






Monday 5 February 2018

GOTONG-ROYONG BIL. 1/2018



26.01.2018 (Jumaat) - Lebuh Campbell membuka lembaran baru EKSA 2018 dengan memulakan langkah mengadakan gotong-royong di peringkat zon. Gotong- royong ini bertujuan untuk menghadapi Audit Dalaman EKSA yang djangka berlangsung mulai 19 hingga 28 Februari 2018. Namun, tujuan utama Zon Lebuh Campbell mengadakan gotong-royong ini ialah sebagai persediaan Lawatan Penanda Aras Jabatan Penjara Seberang Perai Selatan ke Lebuh Campbell pada 06 Februari 2018. Diharapkan warga Lebuh Campbell bersedia sepenuhnya untuk menerima kedatangan Jabatan Penjara SPS ke zon kita. Maklumat selanjutnya di sini..

Share

Twitter Facebook