Pages

Wednesday 2 December 2015

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA KE JABATAN KASTAM DI SEBERANG JAYA



KHAMIS, 13 MAC 2014 - Satu lawatan Penandaarasan EKSA telah diadakan oleh  Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) dimana Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Seberang Jaya telah dipilih sebagai destinasi lawatan yang julung-julung kali diadakan ini. Lawatan yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Promosi EKSA JKSNPP ini  dihadiri seramai 26 orang peserta, dengan diketuai Yang Amat Arif, Dato' Haji Abdul Walid Bin Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang selaku penaung EKSA Jabatan, Ketua Jawatankuasa Promosi Tuan Nik Bukhari Hashimy b. Nik Yahya,  Ketua Jawatankuasa Latihan Tuan Mohamad Yusri b Kasim dan Ketua Jawatankuasa Audit Tuan Mohamad Shahidan b Abdul Ghapar  serta wakil setiap zon  .

Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah  Kastam Negeri Tuan Mohd Isa b. Yeop seterusnya Taklimat Cukai GST oleh wakil Kastam dan Taklimat Perlaksanaan EKSA serta ucapan balas daripada YAA Dato Ketua Hakim Syarie. Acara kemuncak ialah lawatan di bangunan Kompleks Kastam Seberang Jaya yang dipecahkan kepada 5 kumpulan yang terdiri 6 hingga 7 peserta dengan melawat Kumpulan Delima, Kumpulan Cenderawasih, Kumpulan Zamrud dan Kumpulan Bumi. Antara yang menjadi fokus utama ialah sudut EKSA, sudut Go green dan sistem penyimpanan fail.

Lawatan berakhir jam 12.30 tengahari.






0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook