Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Tuesday 11 December 2018

HARI "KITAR SEMULA" DI ZON LEBUH CAMPBELL

07.12.2018 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah berjaya mengadakan Hari Kitar Semula buat kali pertama. Setiap ahli zon diwajibkan untuk membawa bahan buangan kitar semula seperti kertas, kaca dan plastik untuk dimasukkan ke dalam tong sampah kitar semula yang telah disediakan di perkarangan zon ini. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ahli-ahli zon mengenai pentingnya amalan kitar semula dan juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam yang hadir di sini supaya membuang sisa buangan pepejal mengikut label yang tertera pada tong kitar semula tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan tong kitar semula disalahguna dengan membuang sampah seperti sisa makanan, plastik minuman dan sebagainya. Diharapkan program ini dapat diteruskan di masa hadapan agar selari dengan pengiktirafan "Penang Green Office" oleh Penang Green Council kepada JKSNPP baru-baru ini. Untuk maklumat selanjutnya sila tekan di sini .





Monday 10 December 2018

GOTONG-ROYONG PERDANA BIL.4/2018

07.12.2018 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan Gotong-royong Perdana Bil.4/2018. Gotong-royong ini bertujuan untuk memastikan amalan "Sentisa Amal" sentiasa dipraktikkan secara  berterusan oleh warga zon ini tanpa menunggu menjelangnya Audit Pensijilan Semula atau hanya apabila terdapat pertandingan sahaja. Aktiviti gotong-royong ini juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab  dan mesra antara warga Zon Lebuh Campbell ini. 



MESYUARAT ZON LEBUH CAMPBELL BIL.4/2018

06.12.2018 (Khamis) - Zon Lebuh Campbell telah mengadakan Mesyuarat Zon Bil. 4/2018 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang dengan kehadiran tujuh orang ahli. Mesyuarat membincangkan mengenai status pensijililan semula EKSA dan beberapa keputusan pertandingan anjuran Jawatankuasa Promosi Induk EKSA yang telah disertai oleh zon ini. Untuk maklumat selanjutnya sila tekan di sini.




KATEGORI "CEMERLANG" PENSIJILAN SEMULA EKSA ZON LEBUH CAMPBELL

30.11.2018 (Jumaat) - Zon Lebuh Campbell telah berjaya memperolehi Pensijilan Semula EKSA dengan Kategori "CEMERLANG". Sijil Pengiktirafan Pensijilan Semula tersebut telah diserahkan kepada Ketua Zon Lebuh Campbell iaitu Encik Mohamad Fuad Bin Abdul Aziz pada Program Perhimpunan Bulanan JKSNPP Bil.4/2018. Penyampaian Sijil Pengiktirafan daripada pihak MAMPU itu disampaikan oleh Pengerusi EKSA JKSNPP iaitu Dato' Mohamad Shakir bin Abdul Hamid. Tahniah diucapkan kepada Zon Lebuh Campbell. Diharapkan warga Zon Lebuh Campbell lebih komited dalam memastikan amalan EKSA sentiasa menjadi amalan yang berterusan dan berkesan.





LEBUH CAMPBELL NAIB JOHAN PERTANDINGAN LACI ALATULIS PALING KREATIF

30.11.2018 (Jumaat) - Tahniah diucapkan kepada Zon Lebuh Campbell kerana telah dinobatkan sebagai  Naib Johan Pertandingan Laci Alatulis Paling Kreatif yang telah diadakan pada 20.09.2018 yang lalu. Zon Lebuh Campbell juga terpaksa akur dengan kedudukan di tempat Kelima bagi Pertandingan Sudut Informasi dan Sudut Pengiktirafan Terbaik. Hadiah berupa sijil penyertaan dan trofi disampaikan oleh Pengerusi EKSA JKSNPP iaitu Dato' Mohamad Shakir bin Abdul Hamid pada Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2018 JKSNPP hari ini. Diharapkan ahli Zon Lebuh Campbell dapat memperbaiki kelemahan yang terdapat pada Sudut Informasi dan Sudut Pengiktirafan.







Monday 19 November 2018

GO GREEN LEBUH CAMPBELL 3/2018


22.10.2018 (Isnin) - Lebuh Campbell telah mengadakan aktiviti Go Green Bil. 3/2018 dengan menjual semua barang-barang kitar semula yang telah dikumpul melalui beberapa siri gotong-royong sebelum pensijilan semula EKSA oleh MAMPU. Barang kitar semula ini termasuklah kotak-kotak, kertas, botol serta tin minuman yang telah dikumpul oleh ahli Zon Lebuh Campbell dan orang awam yang hadir ke mahkamah melalui tong kitar semula yang telah disediakan di sudut Go Green Lebuh Campbell. Hasil jualan berjumlah RM 10.30 dimasukkan ke dalam tabung EKSA Lebuh Campbell. Maklumat selanjutnya di sini..



PENUTUPAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA DI JKSNPP


04.10.2018 (Khamis) - Penutupan Audit Pensijilan semula oleh MAMPU, Putrajaya telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Auditan selama tiga hari yang berlangsung pada 02 hingga 04 Oktober 2018 ini telah menyenaraikan beberapa teguran yang memerlukan tindakan dan jawapan kepada pihak audit dalam tempoh 3 hari bekerja. Zon Lebuh Campbell turut menerima beberapa teguran dan tindakan segera telah diambil. Terima kasih diucapkan kepada Puan Zuasma binti Yahaya dan Puan Nur Amalina binti Zakaria selaku auditor pensijilan semula pada kali ini. Laporan Penambahbaikan untuk Zon Lebuh Campbell boleh didapati di sini.

Wednesday 3 October 2018

AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA DI LEBUH CAMPBELL

02.10.2018 (Selasa) - Audit Pensijilan Semula EKSA JKSNPP berlangsung pada 02 hingga 04 Oktober 2018. JKSNPP berbesar hati menerima barisan auditor daripada MAMPU Putrajaya iaitu Puan Zuasma binti Yahaya dan Puan Nur Amalina binti Zakaria. Puan Zuasma telah ditugaskan untuk melaksanakan auditan di Zon Lebuh Campbell dan beberapa zon lain. Auditan di zon ini bermula pada jam 11.45 pagi dan berakhir pada 12.45 tengahari. Diharapkan Zon Lebuh Campbell dapat mengurangkan teguran pihak auditor pada kali ini dan berada di antara zon-zon yang dikategorikan sebagai cemerlang di JKSNPP.












GOTONG-ROYONG PERSEDIAAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA EKSA

28.09.2018 (Jumaat) - Lebuh Campbell telah mengadakan gotong-royong persediaan Audit Pensijilan Semula EKSA oleh MAMPU yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2018. Mengikut jadual, auditor MAMPU akan mengadakan auditan di Lebuh Campbell pada 2 Oktober 2018. Gotong- royong ini lebih kepada "final touch up" kerana Lebuh Campbell telah mempraktikkan "Sentiasa Amal" di zon ini. Fokus utama kali ini ialah menyusun atur semula peralatan dan kelengkapan pejabat supaya kelihatan lebih korporat dan efisyen.











Tuesday 25 September 2018

PERTANDINGAN SUDUT INFORMASI & PENGIKTIRAFAN TERBAIK DAN LACI ALAT TULIS PALING KREATIF

20.09.2018 (Khamis) - Jawatankuasa Promosi Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Sudut Informasi & Pengiktirafan Terbaik dan Pertandingan Laci Alat Tulis paling Kreatif. Pertandingan ini diadakan sebagai persediaan menghadapi Audit Pensijilan Semula oleh MAMPU pada 02 hingga 04 Oktober 2018. Juri pertandingan ialah Y.A.A. Dato' Syakir bin Abdul Hamid dan Y.A. Tuan Mohd Yunus bin Mohamad Zin serta juri jemputan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Habibah binti Mat Akib Penolong Pengarah Kanan Cawangan Keselamatan Sinaran. Lebuh Campbell mengambil pendekatan menggunakan barangan terpakai seperti kertas pembalut A4 dan kayu serta kain sebagai kreativiti dan inovasi kepada pertandingan ini.









GOTONG ROYONG SUDUT INFORMASI & PENGIKTIRAFAN DAN LACI ALAT TULIS

14.09.2018 (Jumaat) - Lebuh Campbell telah mengadakan gotong royong untuk menambah baik Sudut Informasi, Sudut Pengiktirafan dan laci alat tulis. Gotong-royong ini diadakan sempena pertandingan Sudut Informasi, Sudut Pengiktirafan dan Laci Alat Tulis Terbaik yang akan diadakan pada 20.09.2018. Maklumat selanjutnya di sini







Share

Twitter Facebook