Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Monday 20 August 2018

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JKSNPP BIL.2/2018

17.08.2018 (Jumaat) - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan Gotong- royong Perdana Bil. 2/2018. Gotong-royong ini diwajibkan kepada semua Zon EKSA di JKSNPP dan diadakan secara serentak mulai jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Zon Lebuh Campbell memulakan gotong-royong perdana ini dengan menumpukan kawasan persekitaran di luar bangunan iaitu tempat meletak kenderaan, pondok pengawal serta pintu masuk utama. Di sebelah petang, gotong-royong disambung di kawasan dalam bangunan iaitu di kaunter, stor, bilik fail dan meja kerja masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada warga Zon Lebuh Campbell di atas kerjasama yang telah diberikan.  Maklumat selanjutnya sila klik di sini ..







Tuesday 14 August 2018

Majlis Perpisahan Encik Rohizat AJK Kitar Semula & Go Green Lebuh Campbell

13.08.2018 (Isnin) - Lebuh Campbell telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena pertukaran AJK Kitar Semula dan Go Green Lebuh Campbell iaitu Encik Rohizat bin Said. Encik Rohizat akan bertukar ke Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara berkuatkuasa mulai 15 Ogos 2018. Warga Lebuh Campbell mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai AJK Kitar Semula dan Go Green di sini serta Selamat Maju Jaya. 





Thursday 9 August 2018

PERTANDINGAN KAUNTER TERBAIK DAN BILIK FAIL PALING EFISYEN 2018

01.08.2018 (Rabu) - Jawatankuasa Promosi Induk JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Kaunter Terbaik dan Bilik Fail Paling Efisyen. Penyertaan diwajibkan kepada semua zon EKSA di JKSNPP. Juri bagi pertandingan tersebut ialah Y.A.A. Dato'  Haji Mohamad Syakir bin Abdul Hamid dan dua orang juri jemputan daripada Jabatan Penjara Pulau Pinang iaitu Encik Mohamad Sufian Bin Mohd Shadzaly dan Cik Asmarina Bt. Abo Mansor. Lawatan juri ke Zon Lebuh Campbell berlangsung pada jam 2.30 petang. Keputusan pertandingan akan diumumkan bersama dengan keputusan Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif yang berlangsung pada 23 Mei 2018 yang lalu.











Monday 6 August 2018

GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN BILIK FAIL DAN KAUNTER DI ZON LEBUH CAMPBELL

26.07.2018 (Khamis) - Lebuh Campbell telah mengadakan gotong-royong untuk menceriakan bilik fail dan kaunter sempena Pertandingan Kaunter Terbaik dan Bilik Fail Paling Efisyen yang akan berlangsung pada 1 Ogos 2018. Warga Zon Lebuh Campbell telah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program ini. Gotong royong ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 26 Julai dan 30 Julai 2018.







 


Share

Twitter Facebook