Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Wednesday 25 October 2017

Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Seberang Perai Selatan


11.10.2017 ( Rabu) - Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan (Lebuh Campbell) sekali lagi berpeluang menerima kehadiran rombongan Lawatan Penanda Aras Eksa. Lawatan kali ini ialah daripada Jabatan Pendaftaran Negara Seberang Perai Selatan (JPNSPS). JPNSPS ketika ini sedang melalui proses mendapatkan pensijilan EKSA dan masih di frasa persediaan bagi menghadapi Audit Dalaman & Audit pensijilan daripada pihak MAMPU yang dijangkakan akan berlangsung pada penghujung tahun 2017. JPNSPS memilih Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan kerana jabatan ini merupakan jabatan kerajaan yang pertama mendapat pensijilan EKSA di Daerah Seberang Perai Selatan.

Friday 29 September 2017

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SHITSUKE @ WORKSTATION & INVENTORI PALING TEBAIK




28.7.2017 - Lebuh Campbell telah berjaya merangkul empat kejuaraan dan membawa pulang piala beserta sijil sempena Pertandingan Shitsuke @ Workstation & Inventori Paling Terbaik yang telah diadakan pada  22.5.2017 & 24.5.2017 yang lalu. Antara kejuaran tersebut ialah Tempat ketiga  kategori Bilik Stor dan Inventori Terbaik. Untuk Kategori workstation pula, Lebuh Campbell telah merangkul kejuaraan di tempat ketiga, keenam dan kesembilan . Tahniah diucapkan kepada Lebuh Campbell. Semoga Lebuh Campbell dapat mengekalkan kejuaraan seperti ini pada masa akan datang.

Wednesday 21 June 2017

PERTANDINGAN SHITSUKE @ WORKSTATION & INVENTORI PALING TERBAIK




 22.5.2017 & 24.5.2017 - Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Shitsuke @ Workstation & Inventori Paling Terbaik di semua tujuh zon EKSA JKSNPP. Pertandingan ini diadili oleh YAA. Dato' Abdul Walid bin Haji Abu Hassan, serta dua lagi juri jemputan daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang (JUPEM). Pertandingan ini merupakan satu usaha untuk memastikan Amalan EKSA sentiasa dipraktikkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Zon kerana telah berjaya mengekalkan kekemasan dan suasana kerja yang kondusif. 





Wednesday 7 June 2017

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH JABATAN PENJARA KAJANG



18 Mei 2017- Lebuh Campbell berbesar hati menerima kunjungan daripada Jabatan Penjara Kajang sempena Lawatan Penanda Aras EKSA. Lawatan ini diketuai oleh Penolong Pengarah Penjara Kajang PKK Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din bersama lima belas orang ahli yang terdiri daripada Ketua JK Audit, Latihan dan Promosi serta beberapa Ketua Zon EKSA Penjara Kajang.

Friday 12 May 2017

PEMASANGAN PENGGANTUNG PAIP DI SETIAP TANDAS

Antara teguran audit oleh pihak MAMPU sewaktu Audit Pensijilan semula pada bulan Mac 2016 adalah paip di setiap tandas hendaklah digantung agar kelihatan lebih kemas. Hasil daripada perbincangan, Warga Zon Lebuh Campbell memutuskan untuk mencari Inisiatif D.I.Y. yang lebih murah dan praktikal daripada membeli paip dan alat penggantung paip yang dibuat daripada Stainless Stell . Akhirnya Zon Lebuh Campbell menemui satu Inovasi yang berkualiti dan menjimatkan. Untuk maklumat lanjut, sila lihat di sini.



AUDIT DALAM EKSA 1/2017

27.2.2017-Audit Dalam EKSA Bil. 1/2017 Lebuh Campbell telah adakan dengan barisan Juruaudit dalam seramai 6 orang yang diketuai oleh Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghafar. Auditan bermula pada jam 9.30 pagi dengan sessi pembukaan audit di Bilik Mesyuarat MRSSPS. Hasil penemuan audit kepada Lebuh Campbell adalah seperti berikut:-

Friday 24 February 2017

Wednesday 4 January 2017

PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

Pada 18 November 2016 Jawatankuasa KIK Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang telah menganjurkan Pertandingan Inovasi peringkat Jabatan .Pertandingan yang julung kali diadakan mendapat sambutan yang hebat dengan 9 penyertaan kategori Pengurusan dan 2 penyertaan kategori produk.  Pada mulanya agak sukar Zon Lebuh Campbell mencari idea untuk mencipta satu inovasi yang boleh dipertandingkan. Walaubagaimanapun setelah berbincang akhirnya Zon Lebuh Campbell memilih projek MY E NOTES dan menamakan kumpulan sebagai ADICITA. Alhamdulillah berkat kerjasama semua ahli ADICITA berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori pengurusan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200.00. Manakala kategori produk dan persembahan terbaik dimenangi oleh Kumpulan Comrade Bersatu dengan projek The Gerobok Wakaf. Tahniah kumpulan ADICITA .. Semoga terus berjaya.. 

GAMBAR PESERTA-PESERTA PERTANDINGAN INOVASI



MY E NOTES  merupakan medan perkongsian ilmu melalui nota/kertas kerja/slide pembentangan yang diperoleh daripada semua kakitangan daripada kursus/ seminar/ bengkel/ persidangan/ muzakarah atau lawatan. Kelebihan MY E NOTES adalah nota-nota kursus dapat dikongsi oleh semua kakitangan Jabatan, carian nota mengambil masa hanya 1 minit, boleh dibuat di mana sahaja menggunakan telefon bimbit atau PC yang mempunyai talian internet. Selain itu simpanan nota lebih sistematik mengelakkan nota hilang atau rosak. 

PAPARAN MUKA UTAMA APLIKASI MY E NOTES 



Share

Twitter Facebook