ZON LEBUH CAMPBELL
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH ARMENIAN
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH KING
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH QUEEN
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH LIGHT
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH VICTORIA
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
Tuesday, 4 January 2022
GO GREEN ZON JAWI BIL.1/2021 & GOTONG-ROYONG BIL.4/2021
Sunday, 7 November 2021
MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.3/2021
05.11.2021 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan mesyuarat zon kali ketiga bagi tahun 2021 secara dalam talian. Mesyuarat pada kali ini dihadiri oleh semua ahli Zon Jawi walaupun arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) masih lagi berkuatkuasa. Mesyuarat bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi dengan tumpuan diberikan kepada persediaan menghadapi Audit Dalam yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja memandangkan negeri Pulau Pinang akan memasuki Fasa 4 pada 8 November 2021. Diharapkan warga Zon Jawi dapat bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Audit Dalaman ini.
![]() |
GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL.3/2021
24.09.2021 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan gotong-royong Bil.3/2021. Gotong-royong ini hanya melibatkan separuh daripada jumlah warga Zon Jawi memandangkan aktiviti bersemuka masih tidak dibenarkan bagi mengekang penularan virus Covid-19. Aktiviti gotong-royong ini hanya dilaksanakan jika keadaan mendesak sebagai contoh terdapat beberapa ruang gunasama tertentu yang memerlukan perubahan seperti Bilik Fail, Kaunter Pendaftaran dan Dewan Bicara. Pada kali ini tumpuan penuh diberikan kepada Bilik Fail memandangkan kotak-kotak fail kes yang sediaada tidak dapat menampung jumlah kemasukan fail kes bagi tahun 2021.
Wednesday, 25 August 2021
GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL.2/2021
09.07.2021 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan gotong-royong Bil.2/2021. Gotong-royong pada kali ini memberi tumpuan kepada kekemasan dan kebersihan workstation masing-masing dengan memastikan SOP Penjarakan Sosial dipatuhi sepenuhnya oleh warga zon. Gotong-royong ini diadakan secara berperingkat mengikut hari Bekerja Di Pejabat (BDP) setiap ahli Zon. Gotong-royong EKSA perlu diteruskan walaupun ketika pandemik covid-19 masih berada di persekitaran kita dengan pematuhan ketat SOP yang telah digariskan demi memastikan EKSA ini tetap menjadi amalan yang berterusan dikalangan warga Zon Jawi. Tahniah diucapkan kepada semua Warga Zon Jawi.
MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.2/2021
01.07.2021 (Khamis)- Mesyuarat EKSA Zon Jawi Bil.2/2021 telah diadakan secara "Online" melalui Aplikasi Google Meet selaras dengan arahan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang bertujuan untuk membendung penularan Virus Covid-19 pada ketika ini. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dengan kehadiran ahli zon seramai 7 orang. Mesyuarat pada kali ini memberi penekanan kepada persediaan Audit Dalam yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan. Mesyuarat berakhir pada jam 3.30 petang. Terima kasih kepada semua ahli zon yang terlibat.
Wednesday, 14 April 2021
MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.1/2021
07.04.2021 (Rabu) - Mesyuarat EKSA Zon Jawi Bil.1/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Selatan pada jam 3.30 petang. Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh Tuan Abdul Rahman bin Abdullah yang merupakan Pegawai SULH MRSSPS dengan kehadiran ahli Zon Jawi yang minima kerana masih terdapat ahli yang diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah. Pelbagai cadangan dan idea telah disenaraikan untuk dilaksanakan pada tahun 2021 ini. Diharapkan semua program yang telah dicadangkan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Mesyuarat bersurai pada jam 4.30 petang.
Tuesday, 13 April 2021
GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL.1/2021
26.03.2021 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan gotong-royong Bilangan 1/2021. Tahun 2021 telah menyaksikan aktiviti EKSA tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual disebabkan oleh Arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan bermula awal tahun 2021 sehingga ke hari ini. Pekerja sektor awam dan swasta juga diarahkan untuk bekerja dari rumah mengikut peratusan tertentu yang telah ditetapkan. Faktor ini juga turut menyumbang kepada tergendalanya aktiviti EKSA akibat daripada kekurangan ahli zon yang hadir bertugas setiap hari. Namun, Zon Jawi tetap memastikan aktiviti gotong-royong ini dijalankan secara ringkas. Terima kasih kepada semua ahli yang terlibat.
Tuesday, 19 January 2021
MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.4/2020
29.12.2020 (Selasa) - Zon Jawi telah mengadakan Mesyuarat EKSA Bil.4/2020 juga merupakan mesyuarat yang terakhir bagi tahun 2020. Mesyuarat pada kali ini diadakan agak lewat disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekangan tugas serta pandemik Covid-19 yang semakin menungkat pada ketika ini. Mesyuarat pada kali ini memutuskan agar program EKSA peringkat zon yang tergendala pada tahun 2020 dibawa ke tahun 2021. Mesyuarat berakhir jam 4.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada warga Zon Jawi atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2020.
Wednesday, 23 December 2020
GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL.6/2020
09.12.2020 (Rabu) - Zon Jawi telah mengadakan gotong-royong Bil.6/2020. Gotong-royong pada kali ini memfokuskan kepada persekitaran luar zon. Pokok-pokok yang mati dan rosak ditebang untuk diganti dengan pokok yang baru. Diharapkan Zon Jawi berwajah segar dan ceria selaras dengan amalan EKSA yang dipraktikkan pada ketika ini. Terima kasih diucapkan kepada warga zon yang telah mengambil bahagian dalam gotong-royong pada kali ini.
Tuesday, 1 December 2020
AUDIT DALAM EKSA BIL.2/2020 ZON JAWI
05.11.2020 (Khamis) - Audit Dalam EKSA Zon Jawi telah berlangsung pada hari ini dengan kehadiran seramai empat orang Juruaudit iaitu Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi, Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak, Tuan Najmuddin bin Haji Mustafa dan Puan Hamizah binti Hamid. Auditan berakhir pada jam 12.30 dengan beberapa teguran yang memerlukan tindakan penambahbaikan daripada warga Zon Jawi. Terima kasih diucapkan kepada semua Juruaudit yang terlibat menjayakan Auidt Dalam di zon Jawi pada kali ini. Diharapkan agar Zon Jawi mempraktikkan amalan EKSA ini secara berterusan dalam melaksanakan tugasan seharian.
Thursday, 5 November 2020
SELAMAT DATANG KEPADA JURUAUDIT DALAM EKSA BIL.2/2020
Tuesday, 3 November 2020
GO GREEN ZON JAWI BIL.6/2020
02.11.2020 (Isnin) - Zon Jawi telah mengadakan Hari Go Green Bil.6/2020. Go Green pada kali ni menyasarkan barangan kitar semula yang telah dikumpul semasa gotong-royong zon yang telah diadakan pada 30 Oktober 2020. Barang kitar semula seperti kertas terpakai, botol sabun dan plastik yang telah dikumpul dibawa ke pusat kitar semula untuk dijual. Wang hasil jualan ini dimasukkan ke tabung EKSA Zon Jawi.
GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL. 5/2020
30.10.2020 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan Gotong-Royong Bil. 5/2020. Gotong-royong ini merupakan persediaan terakhir sebelum berlangsungnya Audit Dalam EKSA Bil.2/2020 di Zon Jawi iaitu pada 5 November 2020. Zon Jawi menyasarkan sifar penemuan pada audit kali ini. Diharapkan sasaran ini dapat direalisasikan dengan kerjasama sepenuhnya oleh warga Zon Jawi. Yakin boleh...!!!!!
MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.3/2020
22.10.2020 (Selasa) - Zon Jawi telah mengadakan Mesyuarat Zon Jawi Bilangan 3/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat MRSSPS bermula jam 3.45 petang. Mesyuarat pada kali ini lebih memfokuskan mengenai Audit Dalam EKSA yang akan berlangsung pada 2 November hingga 6 November ini. Zon Jawi akan menerima kehadiran para auditor pada 5 November 2020. Diharapkan Zon Jawi dapat mengurangkan jumlah penemuan dan teguran pada sesi audit dalam kali ini.
Friday, 16 October 2020
GOTONG ROYONG BIL.4/2020 DAN GO GREEN BIL.5/2020
25.09.2020 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan Gotong- Royong Bil.4/2020 dan Hari Go Green Bil.4/2020. Gotong-royong pada kali ini lebih memberi tumpuan kepada Pondok Pengawal dan kawasan pintu masuk utama jabatan. Bahagian dalam pondok pengawal dibersihkan sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Dalam EKSA Bil.2/2020 yang akan berlangsung pada bulan November 2020. Pokok-pokok yang telah berusia dan rosak dibuang dan diganti dengan tanaman jenis bungaan agar dapat mencorakkan persekitaran yang lebih cantik, menarik dan ceria. Terima kasih diucapkan kepada semua warga zon yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.
Thursday, 3 September 2020
GO GREEN ZON JAWI BIL.5/2020
28.08.2020 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan Hari Go Green Bil.4/2020. Program Go Green pada kali ini lebih kepada menanam semula pokok bunga yang baru menggantikan pokok lama yang semakin berusia dan kurang mengeluarkan bunga dan daun. Pokok-pokok bunga ini dibeli hasil daripada jualan sayuran dan buahan yang ditanam di sekitar zon serta hasil jualan daripada program kitar semula yang telah dilaksanakan oleh Zon Jawi sebelum ini.



























































