ZON LEBUH CAMPBELL
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH ARMENIAN
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH KING
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH QUEEN
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH LIGHT
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
ZON LEBUH VICTORIA
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.
Thursday, 15 February 2018
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH JABATAN PENJARA SEBERANG PERAI
06.02.2018 (Selasa) - Zon Lebuh Campbell membuka tirai Lawatan Penanda Aras EKSA 2018 dengan menerima kunjungan daripada Jabatan Penjara Seberang Perai. Lawatan ini berlangsung jam 2.30 petang dengan kunjungan seramai 25 ahli rombongan daripada Jabatan Penjara Seberang Perai yang diketuai oleh Pengarah Penjara iaitu Penolong Kanan Komisioner Penjara Tuan Husin bin Haji Johari. Turut hadir sama ialah Penolong Penguasa Penjara Tuan Daziro bin Mustafa, AJK Induk EKSA dan ketua-ketua zon Jabatan Penjara Seberang Perai. Untuk makluman, Jabatan Penjara Seberang Perai sedang menuju ke arah pensijilan EKSA daripada
pihak MAMPU dalam tempoh terdekat ini. Diharapkan lawatan ini memberikan serba sedikit panduan kepada Jabatan Penjara Seberang Perai serta dapat menjana perkongsian idea yang berguna kepada seluruh warga kedua-dua jabatan.
"KEMPEN 1 AHLI, 1 POKOK"
02.02.2018 (Jumaat) - Lebuh Campbell telah berjaya menganjurkan "Kempen 1 ahli, 1 pokok" dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Seberang Perai Selatan. Jabatan Pertanian SPS telah membekalkan 3 jenis pokok iaitu 2 anak pokok Durian Musang King hibrid dan 1 anak pokok rambutan. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pertanian Daerah SPS di atas kesudian menyumbangkan anak-anak pokok tersebut. Sila klik di sini untuk maklumat selanjutnya.
KUNJUNGAN KALI PERTAMA PENGERUSI INDUK EKSA JKSNPP KE ZON LEBUH CAMPBELL
01.02.2018 (Khamis) - Warga Zon Lebuh Campbell berbesar hati menerima lawatan kali pertama Y.A.A. Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Induk EKSA JKSNPP . Y.A.A. Tuan Mohamad Shakir bin Abdul Hamid memulakan tugas di JKSNPP pada November 2017 yang lalu. Warga Zon Lebuh Campbell mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian beliau mengunjungi zon kami ini. Terima kasih.
Monday, 5 February 2018
GOTONG-ROYONG BIL. 1/2018
26.01.2018 (Jumaat) - Lebuh Campbell membuka lembaran baru EKSA 2018 dengan memulakan langkah mengadakan gotong-royong di peringkat zon. Gotong- royong ini bertujuan untuk menghadapi Audit Dalaman EKSA yang djangka berlangsung mulai 19 hingga 28 Februari 2018. Namun, tujuan utama Zon Lebuh Campbell mengadakan gotong-royong ini ialah sebagai persediaan Lawatan Penanda Aras Jabatan Penjara Seberang Perai Selatan ke Lebuh Campbell pada 06 Februari 2018. Diharapkan warga Lebuh Campbell bersedia sepenuhnya untuk menerima kedatangan Jabatan Penjara SPS ke zon kita. Maklumat selanjutnya di sini..
Wednesday, 25 October 2017
Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Seberang Perai Selatan
11.10.2017 ( Rabu) - Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan (Lebuh Campbell) sekali lagi berpeluang menerima kehadiran rombongan Lawatan Penanda Aras Eksa. Lawatan kali ini ialah daripada
Jabatan Pendaftaran Negara Seberang Perai Selatan (JPNSPS). JPNSPS ketika ini sedang melalui proses mendapatkan pensijilan EKSA dan masih di frasa
persediaan bagi menghadapi Audit Dalaman & Audit pensijilan daripada
pihak MAMPU yang dijangkakan akan berlangsung pada penghujung tahun 2017. JPNSPS memilih
Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan kerana jabatan ini merupakan
jabatan kerajaan yang pertama mendapat pensijilan EKSA di Daerah Seberang
Perai Selatan.
















