Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Wednesday, 16 May 2018

HARI INOVASI JKSNPP TAHUN 2018



03.05.2018 (Khamis) - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Peraduan Innovation Blast 2018 sempena Hari Inovasi peringkat jabatan. Objektif peraduan bertujuan untuk memberikan cadangan idea inovasi dan kreatif yang boleh dibangunkan di peringkat jabatan. Peraduan terbahagi kepada dua kategori iaitu Individu dan kumpulan. Setiap daerah perlu menyertai sekurang-kurangnya satu penyertaan bagi setiap kategori.

Monday, 23 April 2018

Kursus Pemerkasaan EKSA JKSNPP

20.04.2018 (Jumaat) - Jawatankuasa Latihan Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan kursus Pemerkasaan EKSA bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya. Penceramah jemputan pada kali ini ialah SR. Rabiulkhair bin Mohd Nor iaitu pegawai daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Tanjung Malim. Zon Lebuh Campbell diwakili oleh Tuan Hardi bin Alias, Puan Siti Aminah binti Abdul Halim, Encik Mohamad Fuad bin Abdul Aziz, Puan Siti Aishah binti Ibrahim dan Puan Syahida binti Md. Desa. Diharapkan kursus ini dapat memberi pendedahan yang sangat berguna kepada warga Zon Lebuh Campbell dalam usaha untuk mengekalkan zon ini sebagai zon terbaik. Kursus tamat pada jam 4.00 petang.









 

Wednesday, 18 April 2018

KUIZ EKSA ANJURAN JAWATANKUASA LATIHAN EKSA JKSNPP BIL.1/2018


06/04/2018 (JUMAAT) - Jawatankuasa Latihan Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan Kuiz EKSA  pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil.1/2018 bertempat di Dewan Serbaguna JKSNPP. Hebahan mengenai penganjuran kuiz telah dibuat dua minggu lebih awal sebagai persediaan kepada semua kakitangan. Kuiz tersebut dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Latihan Induk EKSA, Tuan Mohd Anuar bin Shaari. Kuiz kali ini agak berbeza berbanding kuiz -kuiz EKSA terdahulu kerana nama peserta dipilih secara  cabutan  yang dilakukan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu EKSA JKSNPP iaitu Y.A.A. Ketua Hakim Syarie. Tahniah diucapkan kepada Ketua  Zon dan Pentadbir Blog Lebuh Campbell iaitu Encik Fuad bin Abdul Aziz dan Puan Syahida binti Md. Desa kerana nama mereka telah terpilih semasa undian dan berjaya menjawab soalan kuiz spontan ini dengan tepat. Untuk makluman, hadiah kepada para pemenang disumbangkan secara peribadi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu EKSA JKSNPP.
 

 




Monday, 9 April 2018

KEPUTUSAN AUDIT DALAM EKSA 1/2018

 

Keputusan audit dalam EKSA 1/2018 telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Audit JKSNPP. Tahniah diucapkan kepada Zon Lebuh Campbell kerana telah berjaya memperolehi markah tertinggi di antara tujuh zon di JKSNPP dengan jumlah markah keseluruhan 97.47. Diharapkan warga zon Lebuh Campbell dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini dengan sentiasa mengamalkan konsep "Shitsuke" iaitu "Sentiasa Amal". Semoga Lebuh Campbell akan lebih cemerlang pada masa akan datang.
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 13 March 2018

Audit Dalam EKSA Lebuh Campbell 1/2018

26.02.2018 (Isnin) -  Audit dalam EKSA Lebuh Campbell 1/2018 telah diawalkan dari jadual asal iaitu 28.02.2018 kepada 26.02.2018. Walaupun terdapat pindaan pada tarikh audit, namun Zon Lebuh Campbell tiada sebarang masalah dan sentiasa bersedia untuk menerima kehadiran juruaudit ke zon ini. Sessi auditan kali ini diketuai oleh Ketua Juruaudit Dalam EKSA iaitu Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi. Turut hadir sama ialah barisan juruaudit iaitu Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar, Puan Azlina binti Shafee dan Puan Hamizah binti Hamid. Sessi auditan tamat  jam 1.00 tengahari. Diharapkan Zon Lebuh Campbell berjaya mengekalkan markah yang tinggi dan dapat mengurangkan teguran-teguran pihak audit seperti sebelum ini.






Sunday, 25 February 2018

GOTONG-ROYONG PERDANA BIL. 2/2018


23.02.2018 (Jumaat) - Lebuh Campbell telah mengadakan gotong-royong Perdana Bil.2/2018. Gotong- royong ini bertujuan untuk menghadapi Audit Dalaman EKSA di Lebuh Campbell yang  telah diawalkan pada 26 Februari 2018. Diharapkan warga Zon Lebuh Campbell bersedia sepenuhnya dalam usaha untuk meminimumkan teguran pihak audit untuk zon kebanggaan kita. Maklumat selanjutnya di sini .

Share

Twitter Facebook