Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Tuesday, 3 November 2020

GO GREEN ZON JAWI BIL.6/2020

02.11.2020 (Isnin) - Zon Jawi telah mengadakan Hari Go Green Bil.6/2020. Go Green pada kali ni menyasarkan barangan kitar semula yang telah dikumpul semasa gotong-royong zon yang telah diadakan pada 30 Oktober 2020. Barang kitar semula seperti kertas terpakai, botol sabun dan plastik yang telah dikumpul dibawa ke pusat kitar semula untuk dijual. Wang hasil jualan ini dimasukkan ke tabung EKSA Zon Jawi.










GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL. 5/2020

30.10.2020 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan Gotong-Royong Bil. 5/2020. Gotong-royong ini merupakan persediaan terakhir sebelum berlangsungnya Audit Dalam EKSA Bil.2/2020 di Zon Jawi iaitu pada 5 November 2020. Zon Jawi menyasarkan sifar penemuan pada audit kali ini. Diharapkan sasaran ini dapat direalisasikan dengan kerjasama sepenuhnya oleh warga Zon Jawi. Yakin boleh...!!!!!










MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.3/2020

22.10.2020 (Selasa) - Zon Jawi telah mengadakan Mesyuarat Zon Jawi Bilangan 3/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat MRSSPS bermula jam 3.45 petang. Mesyuarat pada kali ini lebih memfokuskan mengenai Audit Dalam EKSA yang akan berlangsung pada 2 November hingga 6 November ini. Zon Jawi akan menerima kehadiran para auditor pada 5 November 2020. Diharapkan Zon Jawi dapat mengurangkan jumlah penemuan dan teguran pada sesi audit dalam kali ini.



Friday, 16 October 2020

GOTONG ROYONG BIL.4/2020 DAN GO GREEN BIL.5/2020

25.09.2020 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan Gotong- Royong Bil.4/2020 dan Hari Go Green Bil.4/2020. Gotong-royong pada kali ini lebih memberi tumpuan kepada Pondok Pengawal dan kawasan pintu masuk utama jabatan. Bahagian dalam pondok pengawal dibersihkan sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Dalam EKSA Bil.2/2020 yang akan berlangsung pada bulan November 2020. Pokok-pokok yang telah berusia dan rosak dibuang dan diganti dengan tanaman jenis bungaan agar dapat mencorakkan persekitaran yang lebih cantik, menarik dan ceria. Terima kasih diucapkan kepada semua warga zon yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. 

 












Thursday, 3 September 2020

GO GREEN ZON JAWI BIL.5/2020

28.08.2020 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan Hari Go Green Bil.4/2020. Program Go Green pada kali ini lebih kepada menanam semula pokok bunga yang baru menggantikan pokok lama yang semakin berusia dan kurang mengeluarkan bunga dan daun. Pokok-pokok bunga ini dibeli hasil daripada jualan sayuran dan buahan yang ditanam di sekitar zon serta hasil jualan daripada program kitar semula yang telah dilaksanakan oleh Zon Jawi sebelum ini.










Wednesday, 26 August 2020

AUDIT DALAM EKSA BIL.1/2020 ZON JAWI

27.07.2020 ((Isnin) - Hari ini berlangsungnya Audit Dalam EKSA Bil.1/2020 di Zon Jawi. Seramai empat orang Auditor yang dipertanggungjawabkan untuk mengaudit Zon Jawi yang diketuai oleh Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi. Tiga auditor yang lain ialah Tuan Najmudin bin Haji Mustafa, Puan Noor Khatijah binti Abdullah Sani dan Puan Hamizah binti Hamid. Terima kasih kepada Auditor dan warga Zon Jawi yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh auditan berlangsung.





Share

Twitter Facebook