Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Tuesday, 23 June 2020

OPERASI SANITASI AWAM OLEH UNIT HAZMAT DI ZON JAWI

21.05.2020 (Khamis) - Proses Sanitasi Awam oleh Pasukan unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang telah diadakan hari ini sebagai langkah untuk menangani penularan virus Covid-19. Proses sanitasi ini tertumpu di sekitar kawasan luar dan dalam bangunan mahkamah Zon Jawi. Pihak HAZMAT juga turut meluangkan masa memberi tunjuk ajar kepada warga Zon Jawi tentang cara-cara penyediaan bancuhan cecair sanitasi mengikut nisbah yang betul. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Unit HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang diatas kerjasama yang telah diberikan.






LAWATAN KALI PERTAMA Y.A.A. KETUA HAKIM SYARIE PULAU PINANG KE ZON JAWI

08.05.2020 (Jumaat) - Zon Jawi hari ini menerima kunjungan kali pertama Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang yang baru iaitu Yang Amat Arif Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab. Lawatan ini juga bertujuan untuk meninjau persiapan setiap mahkamah di daerah agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sempena pembukaan semula operasi mulai 14 Mei 2020.







MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.2/2020

08.05.2020 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan Mesyuarat EKSA Bil.2/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan. Mesyuarat ini diadakan pada hari pertama bekerja dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan akibat daripada pandemik Covid 19. Umumnya kita dapat menyaksikan banyak aktiviti- aktiviti tergendaladi seluruh dunia termasuklah Program EKSA. Diharapkan agar pembukaan semula sektor awam, Program EKSA dapat diteruskan mengikut Carta Perbatuan zon seperti sebelum ini.






Thursday, 20 February 2020

GO GREEN BIL.2/2020

14.02.2020 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan Hari Go Green Bil.2/2020. Pada kali ini, Zon Jawi menggunakan bahan kitar semula iaitu botol sabun untuk menggantikan pasu bagi tujuan menanam pokok Bayam Brazil. Permintaan pasaran yang tinggi terhadap pokok Bayam Brazil serta kaedah penanaman dan penjagaannya yang mudah meletakkan pokok ini sesuai dijadikan sebagai projek "Go Green" zon kami.








.

Tuesday, 18 February 2020

MESYUARAT ZON JAWI BIL.1/2020

30.01.2020 (Khamis) - Zon Jawi telah mengadakan mesyuarat Bil.1/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan pada jam 3.45 petang. Agenda mesyuarat lebih kepada membincangkan aktiviti EKSA yang telah dirancang untuk tahun 2020. Mesyuarat berakhir jam 4.30 petang.


GOTONG-ROYONG BIL.1/2020

17.01.2020 (Jumaat) - Zon Jawi membuka tirai tahun 2020 dengan mengadakan gotong-royong Bil.1/2020. Pada kali ini warga zon memfokuskan kepada memberi wajah baru kepada lobi utama di tingkat bawah. Lobi ini merupakan elemen yang sangat penting dan perlu diberi perhatian yang serius  memandangkan ianya merupakan elemen pertama yang menyapa pandangan mata pelanggan sewaktu masuk melalui pintu utama untuk berurusan dengan jabatan ini. Warga zon juga memfokuskan kepada membersihkan dewan perbicaraan dengan menyusun atur semula serta membersihkan habuk dan kotoran di sudut-sudut yang terlindung. Gotong-royong tamat jam 12.00 tengahari.














Share

Twitter Facebook