Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Tuesday, 13 April 2021

GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL.1/2021

26.03.2021 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan gotong-royong Bilangan 1/2021. Tahun 2021 telah menyaksikan aktiviti EKSA tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual disebabkan oleh Arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan bermula awal tahun 2021 sehingga ke hari ini. Pekerja sektor awam dan swasta juga diarahkan untuk bekerja dari rumah mengikut peratusan tertentu yang telah ditetapkan. Faktor ini juga turut menyumbang kepada tergendalanya aktiviti EKSA akibat daripada kekurangan ahli zon yang hadir bertugas setiap hari. Namun, Zon Jawi tetap memastikan aktiviti gotong-royong ini dijalankan secara ringkas. Terima kasih kepada semua ahli yang terlibat.






 

Tuesday, 19 January 2021

MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.4/2020

29.12.2020 (Selasa) - Zon Jawi telah mengadakan Mesyuarat EKSA Bil.4/2020 juga merupakan mesyuarat yang terakhir bagi tahun 2020. Mesyuarat pada kali ini diadakan agak lewat disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekangan tugas serta pandemik Covid-19 yang semakin menungkat pada ketika ini. Mesyuarat pada kali ini memutuskan agar program EKSA peringkat zon yang tergendala pada tahun 2020 dibawa ke tahun 2021. Mesyuarat berakhir jam 4.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada warga Zon Jawi atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2020.






Wednesday, 23 December 2020

GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL.6/2020

09.12.2020 (Rabu) - Zon Jawi telah mengadakan gotong-royong Bil.6/2020. Gotong-royong pada kali ini memfokuskan kepada persekitaran luar zon. Pokok-pokok yang mati dan rosak ditebang untuk diganti dengan pokok yang baru. Diharapkan Zon Jawi berwajah segar dan ceria selaras dengan amalan EKSA yang dipraktikkan pada ketika ini. Terima kasih diucapkan kepada warga zon yang telah mengambil bahagian dalam gotong-royong pada kali ini.







Tuesday, 1 December 2020

AUDIT DALAM EKSA BIL.2/2020 ZON JAWI

 05.11.2020 (Khamis) - Audit Dalam EKSA Zon Jawi telah berlangsung pada hari ini dengan kehadiran seramai empat orang Juruaudit iaitu Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi, Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak, Tuan Najmuddin bin Haji Mustafa dan Puan Hamizah binti Hamid. Auditan berakhir pada jam 12.30 dengan beberapa teguran yang memerlukan tindakan penambahbaikan daripada warga Zon Jawi. Terima kasih diucapkan kepada semua Juruaudit yang terlibat menjayakan Auidt Dalam di zon Jawi pada kali ini. Diharapkan agar Zon Jawi mempraktikkan amalan EKSA ini secara berterusan dalam melaksanakan tugasan seharian.





Thursday, 5 November 2020

SELAMAT DATANG KEPADA JURUAUDIT DALAM EKSA BIL.2/2020



05.11.2020 (Khamis) - Selamat datang diucapkan kepada barisan Juruaudit Dalam Eksa ke Zon Jawi yang diketuai oleh Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi dan barisan juruaudit iaitu Tuan Muhamad Sanusi bin Ishak, Tuan Najmudin bin Haji Mustafa dan Puan Hamizah binti Hamid. Diharapkan warga Zon Jawi dapat memberikan kerjasama kepada barisan Juruaudit ini.


Tuesday, 3 November 2020

GO GREEN ZON JAWI BIL.6/2020

02.11.2020 (Isnin) - Zon Jawi telah mengadakan Hari Go Green Bil.6/2020. Go Green pada kali ni menyasarkan barangan kitar semula yang telah dikumpul semasa gotong-royong zon yang telah diadakan pada 30 Oktober 2020. Barang kitar semula seperti kertas terpakai, botol sabun dan plastik yang telah dikumpul dibawa ke pusat kitar semula untuk dijual. Wang hasil jualan ini dimasukkan ke tabung EKSA Zon Jawi.










Share

Twitter Facebook