Pada 12 April 2016 , dua orang Pegawai Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Pulau Pinang telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan bagi memberikan khidmat nasihat dan melihat ciri-ciri keselamatan penggunaan dapur gas di pantri. Penerangan tersebut dibuat susulan surat jemputan oleh pihak Mahkamah sendiri agar pihak Bomba memberikan nasihat berkenaan dan ianya merupakan satu tindakan penambahbaikan yang dicadangkan oleh pihak MAMPU sewaktu Audit Pensijilan EKSA MAMPU pada 14 April yang lalu. Terima kasih atas kesudian pihak Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal memberikan penerangan tersebut. Segala nasihat dan teguran akan diambil tindakan yang sewajarnya.
0 comments:
Post a Comment