18 Mei 2017- Lebuh Campbell berbesar hati menerima kunjungan daripada Jabatan Penjara Kajang sempena Lawatan Penanda Aras EKSA. Lawatan ini diketuai oleh Penolong Pengarah Penjara
Kajang PKK Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din bersama lima belas orang ahli yang
terdiri daripada Ketua JK Audit, Latihan dan Promosi serta beberapa
Ketua Zon EKSA Penjara Kajang.
Setiausaha
Jawatankuasa EKSA Penjara Kajang, Inspektor Abu Bakar bin Mohd Tawil memaklumkan pemilihan untuk mengadakan Lawatan Penanda Aras di Jabatan
Kehakiman Syariah Pulau Pinang diperolehi berdasarkan carian maklumat di Blog
Induk EKSA JKSNPP. Diharapkan kunjungan ini dapat memberi input yang berguna sebagai perkongsian pengalaman selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi
berprestasi tinggi dan inovatif yang menjadi
amalan seluruh warga kedua-dua jabatan.
Posted in:
0 comments:
Post a Comment